Blog

VIRAL-BATIK NOOR ARFA MERIAHKAN ORANGE BATIK RUN 2019

Pad

Ingat Batik, Ingat Noor Arfa ! 🥰

Pada 23hb November 2019, telah berlangsungnya Orange Batik Run yang disertai lebih kurang seramai 1,500 orang. Sebagai salah satu pusat pengeluar Batik Terengganu, Noor Arfa juga turut hadir pada hari kejadian sebagai tanda sokongan untuk turut serta mempromosikan Batik Terengganu dan juga menyokong Kempen Hentikan Keganasan Kepada Wanita.

Kesemua peserta akan memulakan larian mereka di Pasarnita Kuala Terengganu dan berakhir juga di Pasarnita Kuala Terengganu.

Noor Arfa turut diberi peluang menjadi rakan penaja bagi Orange Batik Run ini.

Semestinya juga kerana Noor Arfa sinonim juga dengan batik. Selain, mengambil peluang untuk memperkenalkan batik Noor Arfa, Noor Arfa turut juga ingin menyokong kempen hentikan keganasan terhadap wanita kerana sesuai dengan misi Noor Arfa untuk membantu wanita di luar sana untuk kelihatan anggun, mewah dan eksklusif.

Oleh itu, Noor Arfa turut terkesan dengan kes-kes keganasan terhadap wanita kerana kaum wanita tidak layak disakiti mental mahupun fizikal.

EN WAN MOHD AFFENDI (PENGARAH NOOR ARFA FACTORY) DAN PN IZZATI (PENGURUS BESAR NOOR ARFA FACTORY), PERASMI PENUTUPAN ORANGE BATIK RUN

Larian ini diserikan lagi dengan pelbagai cara pemakaian kain batik dengan gaya ‘Duk Dapur’, ‘Gi Perang’, dan ‘Maya Karing’ berjaya membangkitkan keunikan larian Kempen Menangani Keganasan Terhadap Wanita ‘Orange Batik Run’.

PEMENANG SINGLE WANITA PALING JANGOK MENGENAKAN BATIK PASTEL NOOR ARFA

Seramai 1,500 peserta memakai kain batik dengan lapan cara tersendiri sepertimana ditetapkan penganjur termasuklah gaya ‘Ke Laut’, ‘Naik Nyior’, ‘Galas Duku’. ‘Kebbung” dan ‘Çikgu Ayu’, yang rata-ratanya merupakan identiti masyarakat kampung di Terengganu.

Larian bermula 7.30 pagi itu turut mencipta momen indah bagi peserta kerana buat julung kalinya mereka akan melalui Drawbrige Terengganu yang merupakan ikon pelancongan bagi Terengganu. Peserta boleh berjalan atau berlari secara ramai-ramai di atas Drawbrigde Terengganu sambil menghayati pemandangan.

PEMENANG SINGLE WANITA PALING JANGOK MENGENAKAN BATIK PASTEL NOOR ARFA

Pengarah Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Terengganu, Raja Kamariah Raja Abdul Rahman berkata pemilihan batik sebagai unsur penyeri dalam larian itu turut bertujuan mempromosikan lagi penggunaannya kerana di Terengganu ia bukan sahaja digunakan oleh wanita tetapi juga lelaki.

CREW ORANGE BATIK RUN MENGGAYAKAN KAIN BATIK SARUNG 3 LAPIS NOOR ARFA
CREW ORANGE BATIK RUN MENGGAYAKAN KAIN BATIK SARUNG 3 LAPIS NOOR ARFA
CREW ORANGE BATIK RUN MENGGAYAKAN KAIN BATIK SARUNG 3 LAPIS NOOR ARFA
CREW ORANGE BATIK RUN MENGGAYAKAN KAIN BATIK SARUNG 3 LAPIS NOOR ARFA
CREW ORANGE BATIK RUN MENGGAYAKAN KAIN BATIK SARUNG 3 LAPIS NOOR ARFA

“Larian ini sebagai simbol hentikan keganasan terhadap wanita. Jadi kita harap pemakaian batik ini menjadi simboliknya. Seperti mana lelaki Terengganu sudah terbiasa dengan batik, begitu jugalah harapan kita agar mereka turut sama membantu dalam menghentikan sebarang bentuk keganasan terhadap wanita,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Tiga kategori utama dipertandingkan dalam larian itu iaitu kategori cinta – 10 kilometer (terbuka lelaki & wanita), kategori kasih – lima kilometer (terbuka Institusi Pengajian Tinggi dan pelajar Tingkatan Enam) serta kategori sayang – tiga kilometer (suami isteri & individu).

PESERTA LARIAN ORANGE BATIK RUN

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *