Blog

#TIPS – Rezeki persis bak air hujan..

Hi salam Noor Arfa Lovers. Harini min nak kongsi pasal REZEKI. Rezeki ni boleh datang dalam pelbagai bentuk samada rezeki dari segi duit, dari segi kesihatan tubuh badan atau mungkin kebahagiaan. Lain orang lain rezekinya. Jadi kita harus sentiasa positif dan percaya rezeki Allah itu luas. Min akan kongsikan beberapa tips untuk murah rezeki yang boleh korang amalkan.

  • Banyakkan bersedekah

Pernah tak korang dengar yang bersedekah dapat menarik rezeki datang kepada kita. Tapi sedekah mestilah IKHLAS. Bersedekahlah tanpa mengharapkan sebarang balasan. Bersedekah bukan bermaksud kita bagi sekecil-kecil wang yang kita miliki. Contohnya kalau kita bagi 50 sen kepada peminta sedekah tersebut. Bagus tindakan kita bersedekah tapi dalam hati berkata, “Mesti ada orang lain lagi yang akan bagi duit kat dia. Jadi tak payah bagi banyak sangat.” Kalau macam ni cara kita bersedekah, tak betul caranya. Sebab sepatutnya niat kita bukanlah untuk bersedekah, tapi sebaliknya memberi sedikit wang kepada orang tersebut. Bersedekah semampu yang boleh. Konsep mampu disini ialah beri mengikut kemampuan jangan sampai memudaratkan diri sendiri.

  • Sentiasa berdoa

Selepas berusaha melakukan sesuatu kerja, jangan lupa untuk berdoa. Apa sahaja tindakan yang diiringi doa, akan diperkenankan oleh Allah SWT. Berdoa dan meminta adalah sifat semula jadi manusia. Hanya dengan doa, segala permintaan dapat didengari oleh-Nya. Insyaallah, rezeki akan tiba kepada kita, cepat atau lambat saja. Bersangka baiklah pada Allah.

  • Amalkan Solat Sunat Dhuha

Sesiapa yang mempunyai waktu mungkin boleh cuba amalkan solat sunat dhuha. Solat Dhuha ni satu-satunya solat yang berikan limpahan rezeki dari Allah SWT. Jika diamalkan selalu, InsyaAllah pintu rezeki akan terbuka luas. Solat dhuha ni ibarat magnet rezeki. Bila kita selalu solat dhuha, bergantung kepada Allah SWT, pasti segala apa yang dipohon akan segera datang kepada kita. (InshaAllah)

Semoga tips yang min kongsikan dapat memberi manfaat kepada semua. Have a nice day!

Petua Murah Rezeki Yang Wajib Diamalkan

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *