Blog

STYLE FESYEN SIMPLE PELAJAR UNIVERSITI !

Memandangkan ramai yang selalu menjadi mangsa fesyen ketika di alam universiti dan tidak kurang juga yang kurang menjaga penampilan diri. Mungkin kerana sibuk dengan membuat assignment, menyertai program-program di universiti maka penulis akan membantu anda semua untuk berfesyen di universiti.

Tips yang penulis kongsi mudah sahaja kerana tidak memerlukan mengeluarkan duit yang banyak.

1. Seluar

Ni antara seluar yang sesuai untuk digayakan di universiti, anda boleh menggunakan seluar jeans tapi jangan terlalu ketat! Jika nak mencuba nasib, boleh gayakan dengan baju yang panjang dan labuh. Untuk jeans yang selamat, anda boleh menggunakan jeans seperti mum’s jeans. Bagi yang ingin nampak feminin tapi malas nak menggayakan skirt, anda boleh mencuba seluar seperti palazzo yang kelihatan seperti skirt tetapi sebenarnya seluar. Seluar macam ni pun lebih selesa daripada skirt tetapi masih nampak ayu!

2. Skirt

Sebenarnya ramai yang tak suka pakai skirt kat universiti ni. Alasannya sebab leceh nak jalan dengan skirt, jika tak nak leceh, pilih skirt yang ringan dan nipis! Tapi jangan terlalu nipis sehingga nampak aurat tau! jika dah bosan dengan skirt hitam ataupun baju kurung, anda boleh cuba untuk menggayakan skirt seperti ini! Nampak classy dan sesuai untuk ootd anda!

Foto : Google

3. Baju

Siapa yang dah bosan pakai T-shirt gi kelas? Anda juga boleh memakai kemeja ataupun blouse ke kelas, jika nak nampak casual anda boleh gayakan dengan seluar jeans dan sneaker ataupun sandal dan jika anda mempunyai presentation, cuba gayakan blouse dengan seluar slack ataupun skirt. Seeloknya dapatkan baju berlengan panjang dan bukannya sehingga siku sahaja, baju berlengan panjang ni lebih selamat di universiti walaupun agak panas! Jangan takut untuk mendapatkan baju dalam warna yang terang, warna seperti biru dan merah akan membuat anda kelihatan yakin dan ceria semasa presentation!

4. Jaket

Jaket ataupun kardigan sesuai digunakan jika anda ingin menggunakan baju berlengan pendek tetapi universiti anda tidak membenar baju berlengan pendek! Ataupun jika kelas anda sangat sangat sejuk! Bomber jaket, kimono kardigan dan jaket denim adalah jaket yang anda akan selalu nampak di universiti, mungkin sebab banyak pelajar yang malas nak pilih T-shirt jadi mereka pakai je jaket ataupun kardigan. Anda juga boleh mengenakan blazer untuk menunjukkan ciri-ciri keeksklusifan anda.


Foto : Google

5. Kasut

Nak cakap pasal kasut pula kali ni, bagi pendapat saya lebih baik dapatkan kasut sukan ataupun balet flat sahaja! Sebab selalunya kat universiti ni banyak berjalan dan kasut tumit tinggi atau high heel tak digunakan dan tidak sesuai sangat.

6. Beg

Dapatkan beg yang besar untuk universiti! Jika tak nak beli beg baru, guna je beg laptop anda tapi siapa yang nak dapatkan beg khas untuk universiti, dapatkan beg yang boleh memuatkan buku-buku anda! Ataupun buku nota anda.

7. Batik

Pemakaian batik adalah jalan yang selamat untuk kelihatan menarik, anggun dan eksklusif. Silap haribulan, orang tertukar anda dengan pensyarah. Penulis sarankan untuk setiap pelajar memiliki sekurang-kurangnya sehelai atau sepasang baju batik kerana baju batik sesuai dipakai untuk mana-mana event.

Setakat ini sahaja tips berfesyen yang boleh anda cuba di universiti. Walapun sibuk dengan kelas dan tugasan, pastikan anda tidak kelihatan selekeh ya.

rujukan : https://hostelhunting.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *