Blog

‘Ilham Flora’ (Metro Online)

Oleh Yusliza Yakimir Abd Talib

yusliza@hmetro.com.my

Dalam dunia fesyen kreatif ketika ini, motif dedaun menjadi satu trend untuk dipelbagaikan dalam pakaian dan butik Noor Arfa mengilhamkan ribuan jenis dedaun semula jadi dalam pakaian batik koleksi terbarunya.

Motif kepelbagaian dedaun berwarna-warni menambahkan nilai seni dalam setiap rekaan batik Noor Arfa.

Pengarah Eksekutifnya Noor Hijerah Hanafiah berkata, koleksi terbaru Noor Arfa ialah ilham flora yang sungguh indah ciptaannya dan keindahan itu menarik hatinya untuk menghasilkan keindahan alam semula jadi ke dalam bentuk batik.

Terdapat 10 rekaan bagi setiap jenis potongan baju dengan pelbagai warna pilihan antaranya pastel, pop art dan warna ton untuk menarik minat pelbagai golongan usia.

“Kami menggunakan material daripada kapas dan span rayon. Kelebihan material yang kami gunakan ialah kontraksi atau tenunan yang rapat dan padat supaya kualiti kain kami lebih baik berbanding material lain.

“Antara ciri-ciri yang kami titik beratkan pada setiap koleksi Dedaun dan juga produk kami yang lain ialah kualiti kerana kepuasan pelanggan amat diutamakan. Selain itu, kelembutan hasil lukisan batik juga salah satu ciri penting yang diamalkan dalam semua rekaan Noor Arfa sejak sekian lama,” katanya.

Koleksi Dedaun berada di semua cawangan bermula Oktober 2015 ini. Ia boleh didapati dengan harga mampu milik serendah RM74 sehingga RM260 di semua cawangan Noor Arfa seluruh negara.

www.hmetro.com.my/node/91364

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *