Blog

Batik Search – Gambar Yang Menjadi Persoalan Netizen, Seakan Pantai Miami, Florida

Setiap negeri di Malaysia mempunyai keunikan yang tersediri. Ada tempat yang popular kerana keenakkan makanannya, ada pula yang kaya dengan adat serta budayanya malah ada pula negeri yang terkenal kerana keindahan semulajadinya.

Semua orang suka melihat akan keindahan. Terutamanya keindahan pemandangan sekeliling yang mampu membawa minda manusia jauh ke dalam ketenangan. Ia seolah-olah menghapuskan segala perasaan gundah dan masalah yang dihadapi oleh seseorang.

Disebabkan itulah apabila dibelenggu kesulitan, manusia sering mencari tempat-tempat yang sunyi serta penuh dengan pemandangan mempersona.

tular sebuah gambar di Facebook yang menimbulkan tanda tanya di kalangan pengguna laman terbabit. Gambar itu dimuatnaik oleh seorang bekas jururgambar, Nasir Ali.

ia memaparkan sebuah basikal yang berlatar belakangkan sebuah pantai yang begitu indah. Namun apa yang menjadi persoalan adalah di mana sebenarnya lokasi pantai tersebut.

Lokasi Pantai Menjadi Rahsia, Bimbang Ia Akan Tercemar

Ia menjadi teka teki di kalangan pengguna media sosial termasuk di laman twitter. Ramai yang meneka bawaha pantai tersebut berada di luar negara. Semua nama tempat di oversea disebut namun tiada satu pun yang tepat.

Lebih menarik apabila Nasir sendiri tidak mahu mendedahkan lokasi pantai kerana beliau bimbang ia akan menjadi tumpuan orang ramai.

Kerana kawasan yang didatangi ramai orang pasti akan dicemari dengan sampah. Itu yang menjadi salah satu punca kenapa pada mulanya Nasir enggan mendedahkan nama tempat berkenaan.

Pantai Mempesona Hanya Di Terengganu

Menurut Nasir beliau menjelaskan pantai ini berada di Seberang Takir. Seberang Takir adalah sebuah perkampungan nelayan terkenal yang terletak di muara Sungai Terengganu.

Sejarahnya nama ‘Seberang’ diberi kerana penduduk perlu menyeberangi sungai jika berada di sebelah Kuala Terengganu (Dahulu disebut Shah Bandar).

Manakala nama ‘Takir’ pula wujud kerana dipercayai tempat ini dahulunya menjadi kawasan untuk dijatuhi hukuman dipotong (takir) tangan atau kaki.

Nasir merupakan anak jati Seberang Takir dan beliau gemar berbasikal di sekeliling kawasan pantai sambil merakamkan keindahan suasana di sana.

Antara keistimewaan perkampungan nelayan ini, mereka menyediakan perkhidmatan bot penambang bagi membawa para penumpang ke Bandaraya Kuala Terengganu dari Seberang Takir.

Perjalanan menaiki bot hanya mengambil masa 20 sehingga 15 minit dan rata-rata penumpang yang naik adalah terdiri daripada peniaga pasar payang.

Di samping itu, Nasir turut menyertakan gambar jalan yang baru dibina di Kampung Seberang takir menuju ke Kuala Terengganu Drawbridge.

Jambatan ini dijangka akan beroperasi sebelum Aidilfitri dan ia menghubungkan Seberang Takir dan Bandaraya Kuala Terengganu. Di akhir perbualan, Nasir sekali menyeru orang ramai supaya menjaga kebersihan pantai dan kawasan sekitarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *