Blog

6 Cara Hilangkan Kotoran Pada Kain Anda

“Hmm, dah lama aku rendam pun masih tak tanggal lagi kotoran degil ni. Takkanlah nak tunggu semalaman, rosak pulak kain nanti. Macam mana nak hilangkan kotoran pada pakaian ek?

Setiap hari kita terdedah pada kotoran kan? Apatah lagi yang selalu pakai pakaian warna putih. Memang memerlukan kesabaran yang tinggi.

Banyak benda yang boleh sebabkan kotoran pada baju atau seluar kita. Ia melekat pada pakaian kita sehari-hari. Kalau lambat dicuci, memang sukar ditanggalkan dan menjadi kotoran degil.

Sebenarnya, setiap jenis kotoran mempunyai cara tersendiri yang boleh memudahkan proses menanggalkannya. Meh saya kongsikan!

Ini cara menghilangkan kotoran pada baju dan pakaian yang amat praktikal untuk anda cuba.

  1. TOMPOKAN DARAH

Seterusnya, wanita mungkin lebih cenderung dengan masalah ini terutamanya apabila sedang menghadapi tempoh datang bulan. Sekiranya ada kesan yang melekat pada seluar, lakukan langkah ini.

Basahkan bahagian yang terkena darah dan taburkan dengan sedikit garam. Kemudian, gosokkan bahagian tersebut dan anda akan mendapati kesan darah akan mula tertanggal. Ulangi langkah ini beberapa kali dan seterusnya cuci pakaian anda seperti biasa menggunakan sabun pencuci.

  1. TUMPAHAN DAKWAT

Jika ada kesan dakwat, anda boleh menggunakan beberapa cara untuk menanggalkannya.

Pertama, ambil sedikit susu dan tuangkan ke atas kesan dakwat. Biarkan ia terendam seketika dan gunakan span untuk menggosoknya perlahan-lahan.

Cara kedua, anda boleh menggunakan ‘hairspray’ dengan menyemburkannya pada kesan tersebut. Biarkan beberapa ketika dan gosokkan dengan kain / tisu bersih. Ulangi proses ini hingga ia tertanggal sepenuh.

  1. KESAN DEODORAN

Cuka akan membantu melembutkan pakaian sekaligus bertindak sebagai agen penghilang kesan deodoran yang kekuningan dan sedikit keras. Celupkan berus gigi terpakai dalam larutan cuka putih dan gosokkan kesan deodoran pada bawah lengan pakaian.

Jika pakaian anda berwarna gelap, taburkan ‘baking soda’ pada kesan deodoran sebelum menggunakan cuka seperti langkah di atas.

Kemudian, bilas pakaian dalam air hangat atau panas, sesuai dengan suhu tertinggi yang masih sesuai untuk jenis fabrik pakaian anda.

  1. TANAH / LUMPUR

Jika anda menggosok lumpur semasa basah, ia mungkin akan menyebabkan kotoran semakin merebak. Maka, kesan tanah atau lumpur lebih mudah dibersihkan apabila ianya dibiarkan kering. Kemudian, tanggalkan sebanyak mana yang anda boleh ketika lumpur ini kering.

Cuci kesan selebihnya menggunakan sabun pencuci biasa dan bilas. Jika masih ada kesan kotoran, anda boleh cuba menggunakan sedikit cuka dalam cucian.

Jika terdapat kesan rumput, anda boleh membersihkannya menggunakan pes ubat gigi (bukan jenis gel) dan menggosoknya. Kemudian, bilas seperti biasa.

  1. MINYAK HITAM / GRIS

Untuk menanggalkan kesan minyak hitam yang terlekat pada pakaian, mula-mula gunakan tisu untuk menyerap seberapa banyak kesan yang boleh.

Kemudian, taburkan sedikit tepung jagung atau bedak bayi di atas kesan tersebut. Biarkan seketika dan tanggalkannya semula (secara kering). Kemudian, titiskan beberapa titik sabun pencuci pinggan mangkuk ke atasnya dan beruskan hingga kesan minyak tanggal sepenuhnya.

  1. GULA GETAH

Kadang-kadang biasalah budak-budak suka makan gula getah dan buang merata-rata. Tahu-tahu dah terlekat pada baju / seluar. Jangan risau, ada cara menghilangkan kotoran ini dengan berkesan.

Mula-mula, cuba sejukkan pakaian tersebut sama ada dengan meletakkan ais pada kawasan tersebut atau meletakkan pakaian tersebut ke dalam ‘freezer’ menggunakan beg plastik bersih. Apabila gam telah mengeras, barulah anda boleh menanggalkan gula-gula getah dengan mudah. Ia tidak akan meninggalkan kesan pun!

TAK ADA MASALAH LAGI!

Mudah bukan cara menghilangkan kotoran pada baju kesayangan anda? Semuanya hanya menggunakan bahan yang ada di rumah.

Jadi, tak perlu risau lagi walaupun mengenakan baju putih sebab anda dah tahu rahsianya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *