Blog

Wan Mohd Ariffin, Kapten Noor Arfa Batik

En. Wan! Atau nama penuhnya Wan Mohd Ariffin Wan Long. Lahir pada 6 Februari 1956. Merupakan pengasas Noor Arfa Batik. Beliau Mula berjinak dengan batik semasa menjadi pembantu makmal di Kraftangan Malaysia sekitar tahun 1970-an.

Cinta menyatukan mereka berdua. En. Wan telah jatuh hati dengan seorang wanita yang bernama Noor Hijerah iaitu isteri beliau sekarang ketika berada di Lembaga Kemajuan Kraftangan Malaysia (LKKM) lewat 70-an.

En. Wan juga merupakan salah seorang tenaga pengajar di LKKM. Tidak hairan lah kalau beliau hebat dalam selok-belok seni kraftangan Malaysia. Namun, beliau lebih minat pada seni batik. Ketika itu, industri batik masih baharu dalam Malaysia.

Setelah beberapa tahun bekerja sebagai tenaga pengajar di LKKM. En. Wan sudah nampak perjalanannya dalam perniagaan yang bakal diceburi. Perniagaan yang dimaksudkan ialah tentu sekali berkaitan dengan produk batik.

Dengan sedikit pengalaman dan dikuatkan dengan minatnya yang mendalam di bidang perniagaan, Wan Mohd Ariffin,meletak jawatan bagi menceburi perniagaan batik yang bertapak di Kuala Terengganu.

Negeri yang mengasaskan industri batik negara, untuk membina Noor Arfa Batik Sdn Bhd. Beliau memulakan perniagaan ini secara kecil-kecilan di belakang rumah sewa mereka di kampung Tanjung, Kuala Terengganu.

Pada ketika itu, beliau hanya bermodalkan simpanan RM1,000 sahaja dan pinjaman Mara sebanyak RM5,000 bersama isterinya, Puan Noor Hijerah Hanafiah. Produk awal mereka ialah kaftan batik atau lebih dikenali sebagai baju Kelawar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *