Blog

Batik Search – Fuh! Vintage Habis Tema Kahwin, Macam Zaman Dulu Kala

Hari ni admin nak belanja korang tema kahwin yang paling rare dan vintage. At least dapat merasa tengok kehidupan zaman dulu kala. Walaupun tengok gambar je tapi admin dapat rasa moment indah tu. Tak caya nanti boleh tengok gambar kat bawah ya.

Setiap pasangan yang ingin melangsungkan majlis perkahwinan biasanya akan memilih tema-tema tertentu. Sesuatu tema adalah penting kerana ia berkait rapat dengan pelbagai aspek persiapan yang akan dilakukan seperti rekaan busana, pelamin, makanan dan sebagainya.

Seperti pengguna Facebook, Fitrin Ruslee kongsi beberapa foto majlis perkahwinan bertemakan Melayu klasik 50-an yang ternyata sangat indah dan mengimbau zaman nenek moyang kita dahulu. Memang nostalgia habislah!

Ibarat suasana kampung zaman 50-an

Majlis perkahwinan pasangan Zaid Zarfan dan Fyzaa Absan yang berlangsung di Perak ini menyaksikan dekorasi, makanan dan busana 100% mengikut tema. Paling menarik sekali, tetamu yang hadir boleh menjamu selera secara duduk bersila dengan hidangan masakan kampung.

Makanan ala kampung

Goodies bagi tebu, memang rare!

Amacam? Teruja tak? Rasa macam berada zaman dulu kala je kan. Hehe, kreatif betul diorang ni. Anda patut cuba tema kahwin ni. Pasti meletop majlis kahwin anda nanti.

2 thoughts on “Batik Search – Fuh! Vintage Habis Tema Kahwin, Macam Zaman Dulu Kala

  1. Mixmug says:

    hi guys :). I am looking for help for me and my girl. i am from France

    1. noorarfa says:

      hi, what’s kind of help do you need ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *