Blog

VIRAL-KEMERIAHAN FESTIVAL BATIK GANU KITE ANJURAN NOOR ARFA

Hey semua, tahu tak ? Baru-baru ini Noor Arfa Craft Complex telah diberi peluang untuk menganjurkan satu festival yang bertujuan untuk mengangkat seni warisan iaitu batik. Festival yang diberi nama Festival Batik Ganu Kite ini telah berlangsung selama dua hari iaitu pada 13-14 November 2019 di NACC Batik Pavilion.

Festival ini mendukung tema “Batik Dicanting, Buluh Dilebur” yang bertujuan untuk memupuk semangat cintakan batik sejak dari kecil lagi. Noor Arfa memandang serius dalam usaha untuk memartabatkan warisan nenek moyang kita iaitu Batik Terengganu. Namun begitu, demi memenuhi kehendak semasa dan pemasaran, Noor Arfa telah berinovasi dengan mengeluarkan kain sarung Batik Pastel Terengganu, khas untuk menarik golongan muda untuk mencintai dan menyukai batik sebagai salah satu busana pilihan mereka.

Festival Batik Ganu Kite ini mendapat sokongan daripada ramai pihak seperti rakan Media, pihak JPN, pihak Sekolah, MOTAC dan ramai lagi. Paling menarik, adalah aktiviti utama yang dijalankan iaitu Pertandingan Piala Batik Arfa 2019 yang mendapat sambutan yang menggalakkan daripada peserta-peserta setiap kategori.

PEMENANG KATEGORI TADIKA
PEMENANG KATEGORI SEKOLAH RENDAH
PEMENANG KATEGORI SEKOLAH MENENGAH
PEMENANG KATEGORI SEKOLAH RENDAH KELAINAN UPAYA
PEMENANG KATEGORI SEKOLAH MENENGAH KELAINAN UPAYA
PEMENANG KATEGORI CANTING

Selain Pertandingan Piala Arfa Batik 2019, NACC Batik Pavilion telah mencipta sejarah apabila terpilih sebagai salah satu pusat pelancongan di Terengganu.

Noor Arfa Craft Complex, Kuala Terengganu (NACC Batik Pavilion) telah diiktiraf oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) untuk tersenarai di dalam Malaysia Tourism Quality Assurance (MyTQA).

“Malaysia Tourism Quality Assurance (MyTQA) merupakan inisiatif Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) untuk meningkatkan perkhidmatan dan kualiti kemudahan bagi produk-produk pelancongan di Malaysia.

Ia merupakan satu pengiktirafan kepada produk pelancongan dan memberi pendedahan kepada penggiat-penggiat industri pelancongan supaya lebih mengutamakan mutu perkhidmatan yang disediakan.

Di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS), MyTQA dilihat sebagai salah satu program yang mengutamakan kehendak pelancong (tourist first).”

PENYERAHAN SIJIL DARI MOTAC KEPADA NACC BATIK PAVILION SEBAGAI TANDA PENGIKTIRAFAN PUSAT PELANCONGAN TERENGGANU

Di samping itu, turut diselitkan juga dengan ilmu keagamaan sebagai bekalan dalam kehidupan. Kuliah yang disampaikan oleh Ustaz Kamaruzaman Abdullah Al Basungi yang bertajuk “Jutawan Sekelip Mata’ mengajar kita semua bahawa untuk menjadi seorang jutawan tidak memerlukan wang ringgit tapi cukup dengan hanya amalan yang kita lakukan (ke arah kebaikan).

USTAZ KAMARUZAMAN ABDULLAH AL BASUNGI MENYAMPAIKAN KULIAH BERTAJUK ‘JUTAWAN SEKELIP MATA’

Kemeriahan Festival Batik Ganu Kite juga digamatkan lagi dengan aktivit cabutan bertuah dan juga Pertandingan Beyblade. Selain aktiviti derma darah, dome show, food truck dan banyak lagi.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *