Blog

VIRAL-INFLUENZA ! AYUH LINDUNGI ORANG YANG TERSAYANG

Hai batik lovers, memandangkan sekarang duk kalut dengan isu influenza lah kan jadi penulis teringin lah nak share dekat hampa semua lah tentang influenza. Masih ramai yang tak tahu influenza itu apa ? Tapi, bila dah semua virus tersebar baru lah duk viral pasal influenza ini

Jadi, jom kita belajar serba sedikit tentang influenza untuk langkah pencegahan kerana mencegah lebih baik dari mengubati

Tahu tak bahawa influenza ini akan muncul pada awal tahun di Malaysia kerana faktor cuaca yang berangin yang membolehkan virus senang menjangkiti manusia

Influenza, biasanya dikenali sebagai selsema (“flu“), merupakan penyakit berjangkit burung dan mamalia yang disebabkan oleh virus RNA dari familiOrthomyxoviridae (virus influenza). Pada manusia, antara gejala umum termasuklah demam, sakit tekak, sakit otot, sakit kepala teruk, hidung berhingus serta tersumbat, batuk, kelesuan dan rasa tidak sedap badan.

Dalam kes yang lebih teruk, influenza juga boleh menyebabkan pneumonia, yang boleh menyebabkan maut terutamanya terhadap kanak-kanak dan orang tua. Walaupun kadang-kadang ia dikelirukan dengan selsema biasa, influenza adalah lebih teruk dan disebabkan oleh virus yang berbeza

Foto : CPRC Kebangsaan

Apakah jenis influenza?

Ada 3 jenis virus influenza: A, B dan C. Virus A dan B paling kerap menjangkiti manusia dan berlaku setiap tahun mengikut musim bagi negara-negara bermusim. Manakala di negara tropikal seperti Malaysia, ia berlaku sepanjang tahun.

Virus jenis A

Virus ini boleh menjangkiti kedua-dua, manusia dan binatang meskipun lebih kerap berlaku dalam kalangan manusia. Binatang yang dijangkiti kebiasaannya tidak menunjukkan tanda-tanda sakit. Antara yang boleh dijangkiti adalah ayam, itik, babi dan kuda.

Ia mempunyai beberapa subjenis bergantung kepada 2 protein di permukaan virus ini iaitu haemagluttinin (HA) dan neuraminidase (NA). Daripada dua protein ini, nama-nama subjenis virus diambil. Contohnya, H1N1, H3N2 dan H5N1. Banyak lagi subjenis lain sehingga H18 dan N11.

Virus yang menjangkiti binatang boleh tersebar kepada manusia melalui cecair daripada mulut binatang berkenaan. Kebiasaannya penternak ayam, itik atau babi boleh dijangkiti. Istilah selesema burung dan selesema babi merujuk kepada virus influenza A yang dijangkiti oleh manusia daripada binatang. Kes seperti ini jarang berlaku, tetapi jika berlaku, simptom yang dialami adalah lebih teruk dan risiko maut lebih tinggi.

Virus ini sering menyebabkan epidemik (penyakit yang kerap berlaku di sesuatu tempat) dan juga pandemik (epidemik di beberapa buah negara atau rantau).

Virus jenis B

Ini hanya ditemui di dalam kalangan manusia sahaja. Jangkitan virus B mungkin lebih ringan berbanding virus A. Namun, ia masih berpotensi menyebabkan penyakit dan simptom yang teruk. Tidak seperti virus A, ia tidak dikelaskan mengikut subjenis dan tidak menyebabkan pandemik.

Virus jenis C

Virus C menyebabkan penyakit paling ringan antara jenis influenza yang lain. Kadangkala, orang yang dijangkiti tidak menunjukkan sebarang tanda atau simptom. Jangkitan virus ini juga jarang berlaku.

Bagaimana ingin mencegah?

Vaksin adalah cara yang terbaik dalam mencegah jangkitan influenza. Walau bagaimanapun, virus ini kerap mengalami mutasi. Jadi, vaksin baru perlu diambil setiap tahun.

Namun, jika anda dijangkiti flu, pastikan langkah-langkah sepatutnya diambil untuk mengelakkan daripada virus tersebut tersebar.

Foto : CPRC Kebangsaan

sumber : hellodoktor

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *