Blog

VIRAL – FESTIVAL BATIK GANU KITE DI NOOR ARFA


KUALA TERENGGANU – Kira-kira 700 pelajar sekolah menengah, rendah, tadika dan orang awam akan berkumpul di Noor Arfa Craft Complex (NACC) Batik Pavilion, Chendering bagi menjayakan pertandingan mewarna batik sempena Festival Batik Ganu Kite pada 13 dan 14 November nanti.

Pertandingan mewarna batik yang boleh dianggap terbesar pernah diadakan di Terengganu itu bakal berlangsung sempena Pertandingan Piala Batik Arfa 2019.

Wan Mohd Hafiz (tiga dari kanan) menunjukkan lakaran batik yang akan diwarna peserta.

Pengarah Urusan NACC Batik Pavilion, Wan Mohd Hafiz Wan Mohd Ariffin berkata, pertandingan itu menjadi aktiviti utama dalam festival ini bagi memupuk kecintaan batik dalam masyarakat terutama pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi.

“Tahun lepas kita hanya buka kepada 400 peserta sahaja, kali ini kita buat sampai 700 peserta dan boleh dikatakan pertandingan mewarna batik terbesar pernah buat di sini,” katanya dalam sidang media di NACC Batik Pavilion semalam.

Antara aktiviti lain yang diadakan sepanjang dua hari program berlangsung adalah cabutan bertuah, pertandingan Beyblade, pertunjukan dome, fun games, trak makanan, derma darah dan jemputan khas penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus.

Para pemenang bakal menerima wang tunai, piala dan sijil penghargaan dan hadiah seperti barangan elektrik, basikal, baucar penginapan, baucar makanan dan hamper turut disediakan kepada mereka yang memenangi cabutan bertuah.

Menurut Wan Mohd Hafiz, pihaknya turut mengadakan jualan akhir tahun dengan potongan harga antara 10 hingga 50 peratus bagi barangan terpilih sepanjang program berlangsung sebagai penghargaan kepada pelanggan NACC.

“Festival ini sebagai satu sokongan kepada kerajaan untuk menarik minat pelancong ke Terengganu selain mencari pelapis bagi industri seni batik,” katanya.

sumber : Sinar Harian

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *