Blog

Trend Sekarang Pakai T-Shirt Dengan Berkain Batik

Anda nak tahu tak, sekarang ni ramai dah orang pakai kain batik sarung dan dipadankan dengan T-Shirt. Macam satu fenomena pulak. Benda ni berlaku sebab ada seorang selebriti TV3 yang muat naik gambarnya dalam laman sosialnya. Ayu dan cantik orangnya. Nak tahu siapa? Tengok gambat kat bawah ni.

Pengacara dan personaliti televisyen, Aina Suzaily Mohd Zailanny ada memuat naik foto terbaru dirinya di sebuah perkampungan di Narathiwat, Thailand.

Menerusi ruangan kapsyen, Aina yang sinonim dengan program berbentuk sukan bola sepak itu ada menulis status berbaur humor buat para pengikutnya.

“Welcome to my hometown Narathiwat, Thailand. Sudi tak terima saya seadanya,” tulis Aina ringkas menerusi fotonya yang hanya tampil sederhana mengenakan kain batik, lengkap dengan baju-T.

Malah, latar belakang foto dari bintang berusia 28 tahun ini juga adalah sebuah rumah desa.

Jika anda meminati dunia sukan tempatan pasti mengenali seraut wajah ayu Aina Suzaily Mohd Zailanny, 28 tahun ini. Petah berkata-kata dan handal berbicara tentang dunia sukan yang didominasi lelaki ini.

Tidak sangka minat sejak kecil dengan bola sepak boleh menjadi salah seorang insan penting dalam dunia sukan ini.

Amacam tergoda tak anda tengok beliau hanya berpakain macam tu? Bagi admin okey je. Tetap nampak cantik dan ayu. Terselah kemelayuannya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *