Blog

TO DO LIST PENGANTIN SEBELUM DIMEKAPKAN !

Setiap orang mengimpikan hari di mana mereka menjadi raja sehari akan berjalan lancar seperti yang telah mereka rencanakan. Namun, ada sahaja perkara yang berlaku yang boleh membuatkan raja sehari berasa tertekan dan panik.

Dalam banyak-banyak aspek, mekap pengantin perempuan juga memainkan peranan yang besar ketika menjadi raja sehari. Oleh itu, penting untuk memilih MUA yang betul dan bukan tangkap muat sahaja kerana semestinya anda mahu kelihatan cantik pada hari tersebut.

Sumber Google

Di sini, penulis ingin menyenaraikan perkara yang harus dilakukan oleh pengantin perempuan agar majlis berjalan dengan lancar dan mekap tetap on point .

  1. Sediakan tudung/shawl,veil,aksesori dan apa saja yang ingin pengantin pakai ketika majlis di satu tempat. Contoh : bilik yang ingin pengantin berhias sebelum majlis agar tidak berlaku kekalutan. Dan proses mekap akan berjalan lancar.
Sumber Google

2. Jika pengantin perempuan teringin memakai korset, pastikan dah pakai siap-siap sebelum mak andam datang atau standby korset di dalam bilik yang sama.

3. Masalah bagi setiap wanita apabila selalu kehillangan anak tudung, kerongsang, pin dan jarum peniti. Jadi, pastikan meletak kerongsang, pin dan jarum peniti di dalam satu bekas bagi memudahkan pencarian dan ketika memakai tudung.

4. Tips keempat yang paling penting adalah mencari kerusi yang selesa untuk bersandar. Terpulang untuk menggunakan bantal sebagai alas kepala atau tidak. Ia penting bertujuan pengantin dan mak andam merasa selesa ketika proses mekap sedang dilakukan.

5. Pastikan memakai baju yang senang dibuang tanpa merosakkan mekap.

6. Jika ada pengantin yang ingin memakai contact lens.  Pastikan buka dan rendam lens yang baru dibeli 3 jam awal dan memakainya 1 jam sebelum mekap. Untuk mengelakkan mata berair semasa mekap.

Sumber Google

7. Pastikan juga sebelum mak andam tiba, pengantin sudah mengalas perut terlebih dahulu.

8. Paling utama sekali, kes ini sudah banyak berlaku dan terjadi sehinggakan ada yang viral di media sosial kerana isu ini. Buat bakal pengantin semua, pastikan hanya mereka yang terlibat sahaja berada di dalam bilik semasa mak andam tengah siapkan pengantin. Ini kerana untuk mengelakkan fokus mak andam terganggu.

9. Dan yang terakhir, sebolehnya pengantin perempuan melantik seorang rakan atau ahli keluarga untuk memegang telefon. Ini bagi memastikan pengantin perempuan tidak terganggu dan kerja mak andam berjalan dengan lancar.

Mekap yang cantik pasti akan buat orang tertarik dan pengantin perempuan akan lebih berkeyakinan ketika majlis. Oleh itu, pastikan anda semua, bakal pengantin perempuan mengikuti apa yang dikongsi agar hasil mekap anda akan wow dan amazing.

Sumber : cahayasakinah_mua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *