Blog

TIPS UNTUK GADIS TAMPIL SWEET DAN FEMININ

Majoriti gadis suka kelihatan sweet dan feminin kerana menampilkan identiti individu tersebut kelihatan comel. Lagi pun, bagi wanita dibelah timur yang lebih dikenali dengan gaya yang sopan dan lemah lembut amat sesuai dengan fesyen feminin ini berbanding di belah barat yang terkenal dengan fesyen yang berani dan pelik. Terutama dari segi pilihan warna.

Maka, tidak hairan lah ramai yang lebih selesa untuk tampil sederhana namun ingin kelihatan sweet dan feminin kerana sesuai digayakan mengikut mana-mana situasi atau event. Dan semestinya anda tidak akan kelihatan pelik jika menggayakan fesyen feminin dan sweet ini.

Jika anda masih lagi tercari-cari langkah apakah untuk kelihatan sweet atau gadis ayu pilihan, nah penulis senaraikan apa yang perlu ada dalam almari kamu. Siap sedia! 

#1 Corak floral atau fauna

Dalam kepala penulis baju dengan corak bunga-bunga atau haiwan comel sentiasa cantik dimata. Ianya imbasan paling mudah untuk anda kelihatan ayu, manis dan lemah-lembut. Cuba anda lihat sendiri corak baju kurung kebanyakan juga dari bunga-bungaan. Jadi cuba pilih blaus atau dress labuh yang bermotifkan floral dan fauna. Namun hati-hati corak itu biarlah nampak minimalis dan tidak serabut. 

#2 Warna lembut

Tak suka dengan pakaian bercorak, tetapkan dalam almari pakaian kamu dengan rona lembut atau pastel. Jauhkan diri dari memakai baju dengan warna-warna terang neon atau garang.

#3 Aksesori 

Utama sekali pilihan beg tangan kamu, cuba sesuaikan beg tangan dengan majlis yang anda hadiri. Kalau boleh elakkan membawa beg tangan jenis tote atau besar kerana ia boleh tenggelamkan anda. Aksesori perhiasan pula utamakan dari jenis mutiara dan mutiara diukir halus. 

#4 Kasut

Sudah menjadi kenyataan, high heels dan flats antara pilihan untuk tampil feminin. Cumanya anda perlu bijak dalam mengayakan sepatu ini. Biarlah ia tetap selesa dan sesuai dengan penampilan anda pada hari itu. 

Tips yang paling penting ialah kekal minimalis dengan apa jua tidak kiralah pada pakaian, aksesori, hijab atau solekan. Ambil contoh seperti selebriti Mira Filzah atau Nur Fazura yang 24/7 nampak sweet

sumber : wanista.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *