Blog

#tips – Nak pastikan fabrik sutera tahan lama?

Hi salam Noor Arfa Lovers. Harini min nak kongsikan tips penjagaan SUTERA. Min rasa tak semua tahu cara yang betul untuk memastikan fabrik sutera kita dapat bertahan lama. Sutera batik merupakan fabrik yang mahal dan sangat bernilai. Ramai dikalangan kita sanggup menghabiskan ratusan bahkan ribuan ringgit untuk memilikinya. Jadi wajarlah bagi kita untuk menjaga fabrik sutera batik kita dengan baik.

Pertama untuk memastikan warna pada fabrik sutera dapat bertahan lama elakkan daripada merendam fabrik dan menggunakan serbuk pencuci yang kuat kerana ia boleh melunturkan warna pada sutera. Min cadangkan untuk korang gunakan pencuci sutera yang dikhaskan & sebaiknya gunakanlah ARFA SILK CARE. Jangan gunakan bahan peluntur kerana ia boleh menyebabkan sutera menjadi reput. Elakkan juga daripada menjemur fabrik terus di bawah sinar matahari.

ARFA SILK CARE - Noor Arfa

Kedua, untuk menjaga urat benang sutera dilarang menggunakan bahan pelembut kerana ia boleh menyebabkan benang sutera mengembang lalu kain akan cepat memeri. Elakkan juga dari memberus fabrik sebab ia akan merosakkan urat benang sutera yang sangat lembut. Elakkan daripada memerah fabrik sutera kerana ini akan memintal dan merosakkan aluran urat benang.

Ketiga, ialah kaedah menggosok sutera. Kelembapan yang ideal sewaktu fabrik sutera digosok adalah apabila fabrik tersebut kering kira-kira 80% (biasanya selepas
2 jam fabrik dibasuh) Jika fabrik terlalu kering, renjiskan air dan biarkan selama 10 minit sebelum menggosok. Sebaiknya gunakanlah ARFA EASY IRON ketika ingin menggosok fabrik sutera. Jangan lupa panaskan seterika mengikut suhu yang telah ditetapkan khas untuk sutera.

ARFA EASY IRON - Noor Arfa

Yang terakhir ialah cara penyimpanan sutera. Sutera hendaklah disimpan secara tergantung menggunakan penyangkut pakaian dan tidak digalakkan melipat kerana ia akan merosakkan benang sutera tersebut.

Min harap tips yang dikongsi dapat membantu korang diluar sana untuk penjagaan fabrik sutera. Sekian daripada min!

 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *