Blog

TIPS-NAK DILABEL SEHATI SEJIWA DENGAN OFFICEMATE?

Hai semua, dah lama rasanya penulis tak buat posting kan ? Ada yang rindu ke ? hehe. Kali nie penulis nak bawakan topik yang baru untuk tahun 2020 nie.

Sehati sejiwa ? Apa maksud sehati sejiwa tu ? Apa yang penulis faham sehati sejiwa merupakan penyatuan dua hati yang melengkapi satu sama lain walaupun setiap orang mempunyai perangai yang berbeza

Kita sedia maklum, kalau pasangan sering dicop sehati sejiwa apabila melengkapi satu sama lain. Tapi bagaimana dengan rakan sekerja pula ? Tak susah pun sebenarnya nak jadi sehati sejiwa nie. Kacang je..hehe

Bagi penulis, mempunyai rakan yang sehati sejiwa kat tempat kerja nie boleh jadi faktor untuk kita terus rasa seronok nak datang kerja. Jadi, penulis nak kongsi bagaimana nak jadi sehati sejiwa

1.SOKONGAN

Sentiasa ada untuk satu sama lain. Pernah tak kita rasa down ? Tapi nak berkongsi dengan orang luar, mungkin diorang tak faham apa yang kita alami dekat tempat kerja jadi dengan adanya rakan sekerja yang memahami kita, boleh support each other dan boost semangat untuk menghadapi fasa kegagalan,kesedihan di tempat kerja

2.BERKONGSI APA YANG KITA SUKA

Berkongsi minat atau hobi boleh mengeratkan lagi hubungan. Ada orang suka makan, jadi mungkin selepas habis waktu kerja masih lagi berhubung dengan keluar makan sama-sama. Apa-apa sahaja yang anda boleh cari titik persamaan dengan rakan sekerja korang. Tapi, jangan pula berkongsi lelaki or crush. Kalau itu, dari kawan baik boleh jadi musuh..hehe

3.PAKAI BAJU SAMA

Part ini, paling penulis suka. Ingat pasangan couple je ke boleh pakai baju sedondon ? Dengan rakan sekerja boleh juga lah. Tak kisah lah korang nak pakai baju batik ke, baju blouse ke tapi asalkan sedondon. Baru lah orang nampak korang macam bff gitu !

4.SEKEPALA

Bukan senang sebenarnya nak ada rakan sekerja sehati sejiwa nie ! Kalau anda seorang yang happy go lucky, fun tapi rakan sekerja anda sebaliknya mungkin akan timbul jurang untuk menjadi rapat. Yelaa, korang jenis banyak cakap tapi rakan sekerja korang pendiam je. Macam bercakap dengan tunggul pulak kan ? Lagi satu, kalau penulis kan, kalau nak tahu dia sekepala atau tidak. Penulis akan rasa chemistry dengan rakan sekerja penulis. Rasa akrab tuh tak dibuat-buat dan memang lahir dari hati

Banyak lagi tips yang boleh korang buat untuk jadi sehati sejiwa dengan officemate korang ! Tapi penulis highlight sikit dulu. Banyak-banyak kan tak terbaca pulak nanti..hehe

See u batik lovers at next post yaa….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *