Blog

TIPS KELIHATAN TAMPAK MUDA DENGAN BATIK !

Ramai wanita di luar sana sebenarnya tak nak kelihatan tua dari usia sebenar. Tipulah kalau anda sendiri tidak suka orang puji anda kelihatan muda kan ? Kalau tidak mana mungkin orang menjual bermacam jenis produk untuk kelihatan awet muda.

Terdapat salah seorang batik lover yang pernah datang membeli di Noor Arfa, mengakui bahawa apabila memakai batik Noor Arfa kelihatan lebih muda dari usia sebenar. Jadi, penulis ingin share tips untuk kelihatan muda tanpa perlu menelan produk-produk atau pil untuk kelihatan awet muda.

1.BATIK PASTEL

Untuk kelihatan manis dan menampakkan aura awet muda, batik lover boleh memilih batik pastel untuk digayakan. Ini kerana, warna-warna pastel sangat ceria dan boleh membantu anda untuk kelihatan sweet. Selain itu, membantu juga menaikkan aura seri wajah dengan mengelakkan wajah kita kelihatan kusam dan suram.

2. STYLE

Untuk kelihatan muda jugak, pemakai harus berani keluar dari kepompong yang mereka diami. Si pemakai haruslah menampilkan style yang berbeza daripada kebiasaannya. Sebagai contoh, batik sinonim digayakan sebagai baju kurung. Jadi, untuk mengelakkan dicop sebagai old fashion, si pemakai boleh menggayakan batik sebagai pareo, blouse dan banyak lagi sebenarnya yang boleh dilakukan. Jika nak tengok lebih banyak lagi design yang boleh dibuat dengan batik. Boleh ke FB atau IG Noor Arfa.

3. MIX&MATCH

Bagi mereka yang mungkin tak nak pakai batik dari atas sampai bawah, boleh juga suai padankan batik dengan pakaian lain. Ia juga boleh membantu si pemakai kelihatan muda. Tapi pastikan, warna yang dipilih bukanlah warna-warna yang blocking.

4.MOTIF BATIK

Semasa memakai atau membeli kain batik, si pemakai harus melihat dulu motif atau corak batik. Ini kerana untuk mengelakkan si pemakai memakai batik yang tidak sesuai dengan bentuk badan si pemakai dan menampakkan diri si pemakai berusia.

5.AKSESORI

Mungkin ada sesetengah merasakan bahawa pemakaian batik sudah cukup lengkap sehinggakan tidak lagi memerlukan aksesori. Anda jangan khuatir kerana anda boleh menggayakan aksesori jika memakai batik tapi pastikan aksesori yang dipilih tidak berlebihan dan sesuai dengan batik yang digayakan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *