Blog

TIPS BERFESYEN BUAT SI GADIS BERMATA EMPAT !

Trend sekarang yang boleh dilihat, bercermin mata bukan sahaja alat untuk membantu penglihatan mata bahkan sekarang sesuai dipakai untuk bergaya sudah tidak pelik di kalangan masyarakat. Malah ada yang sanggup untuk berhabis duit semata-mata untuk membeli cermin mata yang tiada power untuk kelihatan menawan. Tapi, sebagai pengguna cermin mata, jenis cermin mata yang sesuai dengan bentuk wajah sangat perlu supaya kelihatan anggun dan menawan dan bukan nampak seperti  orang yang tidak pandai bergaya. Tambahan pula, sekarang banyak jenis cermin mata yang menjadi tarikan semua pengguna baik dari segi cermin mata untuk kesihatan, cermin mata untuk melindungi sinaran cahaya matahari, cermin mata untuk elak radiasi dan pelbagai jenis lagi.

Di sini, disertakan beberapa tips untuk memilih cermin mata berdasarkan bentuk muka. Semoga bermanfaat!

1. Memilih cermin mata berbingkai persegi panjang dan sudut yang tajam untuk sembunyikan wajah bulat dan pipi tembam kita. 

Sumber Google

Bagi yang mempunyai bentuk muka bulat, biasanya mukanya tiada sudut, jadi pemilihan kaca mata yang bersudut akan menampilkan wajah yang menarik perhatian orang untuk melihat kamu.

2. MEMILIKI MUKA YANG BERWAJAH KOTAK DAN MEMPUNYAI RAHANG BESAR SANGAT SESUAI UNTUK MEMAKAI KACA MATA YANG BERBENTUK MELENGKUNG.


Sumber Google

Pernah lihat orang yang mempunyai wajah petak seperti kotak? Ianya merupakan antara wajah idaman para lelaki. Dan bila melihat mereka bercermin mata, jika pandai dan tepat mengikut bentuk muka, sudah tentu orang ramai terpesona melihatnya sehingga tertoleh banyak kali. Tetapi, jika tersalah pilih bentuk cermin mata, orang akan pandang pelik kepada si pemakai itu. Jadi, sesiapa yang mempunyai pasangan bermuka kotak, cepat-cepat lihat jenis cermin matanya dan bantu si dia untuk memakai cermin mata yang sesuai. Pilihlah bingkai cermin mata yang berbentuk persegi panjang, oval atau bulat dengan mempunyai sisi yang melengkung. Ianya adalah pilihan yang tepat dengan bentuk wajah begitu.Pasti si pemakai akan kelihatan tampan dan menarik.

3. MEMILIKI WAJAH BERBENTUK HATI SESUAI DIKENAKAN DENGAN CERMIN MATA MODEL CAT EYES


Sumber Google

Jika kamu memiliki dahi yang luas dan bentuk pipi dan dagu yang memanjang ke bawah, kamulah orang yang istimewa yang memiliki wajah berbentuk hati. Pemilihan bentuk cermin mata cat eyes adalah untuk menampilkan si pemakai kelihatan profesional, dan membuat tulang pipinya kelihatan lebih kecil. Carilah cermin mata dengan bingkai yang lebar di bahagian atas dan halus di bahagian bawah, sisinya berbucu dan berdiameter tebal. Malah sebaiknya hindarkan untuk memakai cermin mata yang berbentuk tinggi dan lebar.

4. WAJAH BENTUK OVAL ADALAH PALING BERTUAH.


Sumber Google

Siapa yang memiliki bentuk wajah yang oval ? Mereka adalah orang yang memiliki bentuk dahi dan dagu sama lebar. Wajah akan kelihatan menarik untuk memakai apa jua jenis cermin mata. Antara pilihan yang ada, kamu boleh mencuba untuk memakai cermin mata jenis bentuk oval, cat eyes ataupun bulat. Jika kamu memilih untuk memakai cermin mata yang berbingkai besar akan menampakkan riak tegas di wajah kamu. Jadi pemakai boleh memilih samada hendak kelihatan cantik atau tegas di mata orang.

Sumber : heaxabell.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *