Blog

TIPS – 9 TRIK UNTUK HILANGKAN KEDUTAN DI BAJU SEMASA TRAVEL

Bagi mereka yang gemar melancong ke luar negara mahu pun ke dalam negeri mesti akan mempunyai masalah untuk packing barangan. Terutama kaum hawa. Mesti mereka dalam dilema untuk membawa seterika atau tidak. Jika bawa, nanti terlebih beban. Kalau tak bawa, ada kemungkinan hotel tidak sediakan seterika. Sangat dilema kan ?

Baju yang berkedut akan spoil mood untuk #ootd kerana bagi mereka yang mementingkan kesempurnaan, mereka beranggapan bahawa baju berkedut akan merosakkan hari mereka. Dan sudah semestinya, confident level mereka akan berkurangan.

Jadi, penulis akan berkongsi trik bagaimana untuk hilangkan kedutan di baju supaya anda semua tidak berada dalam dilema lagi.

#1 FLAT IRON

Selain seterika yang besar itu, anda boleh membawa flat iron ini sebagai ganti kerana saiznya yang kecil jadi membolehkan ia untuk dibawa travel. Caranya, letakkan flat iron pada suhu sederhana dan kepitkan pada bahagian baju yang berkedut selama beberapa saat.

Tapi harus diingat bahawa flat iron ini tidak sesuai untuk fabrik yang nipis dan lembut.

FOTO : GOOGLE

#2 AIR + CUKA

Campurkan cuka semula jadi dengan air paip dalam sukatan 1:3, tuangkan sukatan tersebut ke dalam bekas penyembur air (spray bottle) dan goncangkan.

Selepas itu, anda boleh terus sembur pada kedutan di pakaian.

FOTO : GOOGLE

#3 WAP DARI CEREK PANAS

Jika anda tidak mempunyai steamer pakaian, anda juga boleh mencuba wap dari cerek panas kerana fungsinya yang agak sama.

Panaskan cerek di atas dapur, apabila ia mula mendidih, anda boleh terus halakan wap dari cerek itu kepada pakaian yang berkedut dalam jarak 20 sentimeter.

FOTO : GOOGLE

#4 HAIR DRYER

Ini adalah trick yang mudah apabila saat-saat kecemasan. Anda hanya perlu tetapkan suhu pengering rambut pada suhu yang tinggi dan halakan pada kedutan di pakaian.

FOTO : GOOGLE

#5 SHOWER STEAM

Hidupkan air mandian panas di dalam bilik air dan gantungkan pakaian sehampir mungkin dengan arah pancutan air panas tapi pastikan baju anda tidak terkena percikan air pula !

Tutup semua pintu dan tingkap. Tunggu beberapa minit.

FOTO : GOOGLE

#6 TUALA BASAH

Letakkan pakaian pada permukaan yang rata, seperti di papan seterika atau meja. Tutup kesan kedutan tersebut dengan tuala basah dan tekankan dengan kuat menggunakan tangan anda.

Kemudian, biarkan pakaian anda kering.

FOTO : GOOGLE

#7 PERIUK PANAS

Didihkan air dalam periuk sehingga menggelegak, kemudian buangkan air panas tersebut. Ambil periuk tersebut dan tekupkan bahagian bawah periuk pada kedutan di pakaian. Lakukannya seperti anda menyeterika baju kerana fungsinya sama seperti seterika.

Tapi, awas ! Pastikan bawah periuk yang anda guna tiada kesan kotoran.

FOTO : GOOGLE

#8 KIUB AIS

Tetapkan mod pengeringan pada mesin basuh dan letakkan pakaian berkedut maksima 5 helai. Tambakan beberapa kiub ais dan hidupkan mesin basuh.

Biarkan selama 10 minit dan pakaian anda akan kelihatan seperti di seterika. Hal ini kerana ais akan lebur ketika proses penyejatan dan wap yang terhasil akan menghilangkan kedutan pada pakaian.

FOTO : GOOGLE

#9 FABRIK SESUAI

Memandangkan tidak semua boleh menggunakan trick di atas, maka penulis cadangkan untuk anda membawa pakaian yang tidak mudah berkedut kerana selain menjimatkan masa untuk menggosok baju ia juga boleh menyenangkan hari anda tanpa perlu memikir pakaian yang berkedut.

Anda boleh memilih fabrik yang berasaskan cotton, fuji. Sebagai contoh, kaftan Noor Arfa diperbuat daripada fabrik fuji jadi agak sukar untuk berkedut.

Sumber : Remaja

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *