Sebelum majlis perkahwinan, kebiasaannya ramai pasangan ingin mengikat tali pertunangan terlebih dahulu. Oleh itu, setiap orang mengimpikan majlis tunang mereka berjalan dengan lancar
Ramai yang berkongsi tips berkenaan memasuki alam perkahwinan namun tidak ramai yang berkongsi tips sebelum memasuki alam pertunangan.
Jadi, mesti ramai yang tertanya-tanya apa yang harus dilakukan ? Takkan setakat menyarung cincin sahaja kan ? Ada juga yang clueless apabila bab-bab macam nie jadi penulis ingin membantu anda untuk meleraikan segala kekusutan yang ada.
1.Mas Kahwin/Wang hantaran
Majlis tunang adalah masa yang tepat untuk menetapkan tentang jumlah mas kahwin/wang hantaran yang ingin diberikan kerana selalunya keluarga pasangan sudah berbincang terlebih dahulu sebelum majlis tunang berlangsung. Jadi, pihak lelaki akan bertanya dan pihak perempuan akan memberi jawapan. Hal ini boleh mengelakkan daripada berlakunya kekalutan semasa majlis.
2.Cincin
Bagi mereka yang mengalami kekangan akibat faktor jarak atau lokasi. Kebiasaannya akan mengadakan majlis merisik dan bertunang serentak. Jadi, mereka akan membawa dua cincin. Cincin si perempuan akan disarung oleh mak si lelaki manakala bagi lelaki akan disarung oleh ayah si perempuan
3. Hantaran
Untuk majlis bertunang, hantaran adalah simple sahaja iaitu tidak seperti majlis perkahwinan. Kebiasaannya, hantaran untuk majlis pertunangan lebih kepada makanan seperti kek,pulut kuning,kuih dan sebagainya. Sama seperti hantaran perkahwinan, jumlah hantaran pihak perempuan akan lebih daripada lelaki
4. Jamuan makan
Tiada peraturan dalam menetapkan menu makanan ketika majlis pertunangan. Ia terpulang kepada tuan rumah untuk menghidangkan juadah apa kepada tetamu
5.Bakal pengantin lelaki
Si lelaki boleh datang ketika majlis pertunangan tapi hanya dibenarkan masuk apabila dipanggil sahaja. Seeloknya perlu menunggu di luar rumah terlebih dahulu. Bila dah selesai proses menyarung cincin pihak perempuan, baru lah si lelaki boleh masuk untuk sesi bergambar
6.Kos majlis
Hah, mesti ini yang dinantikan oleh pasangan yang bakal bertunang kan ? Siapa yang perlu menanggung kos majlis ? Pihak lelaki atau perempuan ? Jawapannya, keluarga pihak perempuan yang harus menanggung majlis pertunangan ini
sumber : Pesona Pengantin
nice sharing
Siapa yang patut beli dua cincin tunang tu adakah lelaki hanya perlu beli cincin untuk perempuan pastu perempuan beli cincin untuk lelaki