Blog

Suami Redha Gaji Isteri Hanya RM 150 Sebulan

“Pada mulanya gaji isteri saya hanya RM150 sebulan. Semua keuntungan syarikat kami tidak pernah ambil untuk kepentingan peribadi. Duit yang masuk setiap hari dijaga oleh kerani akaun”.

Itu lah antara pergorbanan pengasas Noor Arfa Batik. Pasangan suami isteri ini begitu cekal melayari cabaran dalam berniaga. Mereka tidak sesuka hati menggunakan wang dari keuntungan bisnes mereka.

Noor Arfa batik tercetus dari idea pasangan suami isteri iaitu Wan Ariffin dan Noor Hijerah. Asalnya mereka memulakan perniagaanya secara kecil-kecilan di Bandar Terengganu. Jom kita layan story mereka yang diceritakan sendiri oleh mereka.

Setelah kami kahwin, saya masih belum mampu berhenti kerja. Jadi isteri saya memulakan perusahaan batik dari rumah menggunakan jenama Noor Hijerah, sempena namanya. Selepas waktu kerja saya membantu beliau.

Tugas mencari bahan mentah adalah saya. Jadi saya membawa kereta sekali dalam seminggu atau dua minggu sekali, bermula jam 3 pagi dari Kuala Terengganu dan tiba di Kuala Lumpur kira-kira jam 11 pagi, waktu kedai kain dan lain-lain barang sudah dibuka.

Saya membeli segala keperluan membatik, lalu memandu balik ke Kuala Terengganu pada hari yang sama. Saya membuat kerja ini selama kira-kira 6 bulan.

Kami membuat semua kerja secara sendirian, belum mampu mengambil pekerja. Setelah batik kami siap, kami sendiri yang menjualnya. Saya masih ingat, anak sulung kami lahir pada tahun 1981.

Sebaik lepas pantang 40 hari, kami terus ke Pulau Pinang dan lain-lain negeri menggunakan kereta kecil Fiat 127 membawa batik.

Tidur di hotel murah. Sasaran kami adalah hotel-hotel di mana ramai pelancong asing. Sambutan sangat baik. Kami dapat menjual antara 20 hingga 30 helai dengan harga yang tinggi.

Kami tidak ada masalah untuk memasarkan batik kami dari mula-mula lagi. Dari awal lagi kami sudah boleh buat duit.

Dalam perniagaan apa yang penting ialah disiplin diri, terutama berhubung dengan wang. Walaupun kami tuan punya, tetapi kami bekerja makan gaji. Saya tidak ambil sebarang gaji dari tahun 1980 hingga 1982.

Kami hanya periksa setiap petang dan memasukkannya ke dalam bank. Apabila kita bina sistem kawalan wang daripada awal, syarikat dapat berjalan dengan teratur.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *