Blog

Sejarah Batik Canting Yang Ramai Tidak Tahu

Hye semua! Sihat tak tu? Harap ceria-ceria selalu lah ya. Okey, hari ni saya nak bagi satu fakta yang tidak didendang, gituuuu. Kenapa saya cakap tak didendang? Sebab ramai yang tidak tahu akan fakta ini, atau boleh juga kita kata sejarah.

Masyarakat Melayu Malaysia sendiri ada yang tidak tahu akan sejarah ni. Sejarah apa? Baik, sejarah ini bermula pada zaman sebelum masihi.Hehe! Gurau. Okey yang ni serius, sejarah tentang batik Canting. Apa kaitannya dengan Noor Arfa? Okey jom kita layan sama-sama ya.

Sepertimana yang kita tahu, Batik berasal dari Indonesia dan terbit dari perkataan Jawa ‘tik’ yang bermaksud menitik atau menulis titik-titik. ‘Ambatik’ pula bermaksud melukis, menulis, mewarna atau menitik.

Namun demikian, nama Noor Arfa melonjak di Terengganu ekoran dari penemuan Batik Asli yang menggunakan kaedah tradisional iaitu dengan cara Batik Lukis Tangan atau Canting. Diasaskan pada tahun 1980, Noor Arfa terkenal dalam menghasilkan batik asli di Malaysia.

Noor Arfa merupakan pecetus pertama dalam dunia Batik Canting asli. Ramai yang tidak sedar akan sejarah ini kerana pengusaha batik yang sebelum ini menggunakan kaedah Batik Terap serta Batik Ikat dan Celup tapi bukan untuk Batik Lukis Tangan ataupun Canting.

Batik jenis ini mempunyai keistimewaan tersendiri kerana setiap corak batik hanya dihasilkan sekali sahaja dan mempunyai kelainan dengan corak walaupun pelukisnya adalah sama. Penggunaan ‘Canting’ diperlukan dan memerlukan daya kreativiti pelukis itu sendiri dalam mencorak batik tersebut. Tidak hairan lah Batik Canting asli ini mahal harganya kerana ia melibatkan proses yang lama berbanding dengan jenis batik-batik yang lain.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *