Blog

Permulaan Ramai Yang Hina Batik Lukis Tangan

Pada permulaan dulu di Terengganu Batik lukis atau Canting ini sesuatu benda yang baharu dan belum ada yang buat. Malah, di negara kita pun belum ada yang komersialkan batik Lukis atau Canting. Pelatih En. Wan dulu ada yang buat batik lukis tetapi secara kecilan dan tidak menonjol.

Dari itu lah kami setuju untuk menaikkan industri batik lukis ini. Idea ini datang apabila cita-cita saya nak jadi cikgu tapi tak dapat, jadi saya nekad untuk serius dalam bidang batik ini. Saya nekad dalam hati untuk bantu suami saya, niat untuk berniaga sebenarnya taka da pun, cuma nak bantu suami sahaja.

Sebab kemahiran melukis ni duduk pada saya, saya boleh buat design batik, orang seni lah kiranya, kreatif. Berbeza pula dengan suami saya, beliau orang Matematik kira bidang akaun lah. Dalam bab kira-kira serah ke beliau lah.

Permulaan kita mula lah dengan buat baju Kaftan, ketika itu batik jenis ni masih baharu dan kita tidak tahu nak jual pada siapa. Kita pun nekad lah buat walaupun benda baru sekalipun, jadi saya yang  buat batik tu, masa itu En. Wan kerja lagi di jabatan kerajaan dan beliau bantu pasarkan. Saya membuat sahaja.Masa itu ada anak syarikat milik kerajaan buka kedai batik di Bandar Kuala Terengganu. En. Wan pergi letak produk batik kaftan kami ni dekat kedai itu, bila letak itu jadi satu benda baharu dalam Terengganu. Ramai yang tanya batik jenis apa itu? Ada yang pandang sinis dan ada juga yang ingin tahu dan beli produk tersebut.

Kalau rakyat biasa ini, mereka anggap benda ni macam baru dan tak boleh pergi jauh. Sebab biasanya batik jenis ini sangat eksklusif dan terhad pengeluarannya. Bagi kerabat raja dan barisan exco Terengganu masa itu, mereka suka baju kaftan ini.

Dalam kalangan pembuat batik lain pun memperlekehkan produk kami, sebab dulu di Terengganu ni terkenal dengan Batik Sarung dan Batik Terap sahaja. Mereka kata tak ada orang buat lah batik ini, bunga besar-besar kan, memang lah sebab baju kaftan kena bunga besar-besar.

Tapi kami tetap dengan produk kami, akhirnya kami mendapat sambutan yang mnggalakkan dari pelanggan kami. Sebab mereka kata batik kita ini lain pada yang lain dan mereka tempah lagi dan lagi.

Dengan permintaan yang tinggi ini, kami ambil pekerja, kami ambil yang minat pasal batik, walaupun mereka tak ada pengalaman pasal batik. Saya ajar mereka berkenaan dengan proses buat batik ini, walaupun tak dapat jadi cikgu tapi saya kira cikgu juga lah sebab dapat ajar mereka tentang batik.

Daripada kosong pasal batik, kami ajar sampai pandai. Kami terus menambah bilangan pekerja selari dengan permintaan yang tinggi ini. En. Wan yang sambil bekerja ini tetap pergi beli kain di Kuala Lumpur pada masa itu, ulang-alik dari Kuala Lumpur ke Terengganu, saya pula fokus dalam pembuatan batik.

Bila saya tengok batik saya dapat sambutan ramai saya jadi semangat dan ingin bekerja dengan lebih kuat dalam industri ini. Bila kita dapat besarkan produk Kaftan ini dengan tambah pekerja ramai baru lah pembuat batik lain ni nampak kami dan berasa kagum.

Masa itu kami buat kaftan sahaja, kain pasang tak buat lagi pun. Dari situ lah bermulanya peralihan dari Batik Terap ke Batik Lukis oleh pembuat batik di Terengganu khasnya dan Malaysia amnya. Mereka beralih sebab masyarakat pada masa itu sudah suka dengan produk batik lukis ini dan mendapat permintaan yang tinggi.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *