Blog

PERMAISURI AGONG KEMBALI DI TWITTER


Baru-baru ini viral akan hal Permaisuri Agong kesayangan rakyat Malaysia tetiba menyahaktif akaun twitter. Ura-ura mengatakan kerana menerima kecaman daripada netizen. Ekoran hal itu, telah mengundang kemarahan rakyat Malaysia dan memohon supaya pelaku-pelaku tersebut ditangkap.

Namun hari ini, baginda sudah kembali mengaktifkan akaun Twitter @cheminahsayang dan menjelaskan keputusan menyahaktif akaun Twitter, tempoh hari.

Sumber Twitter

Tweet pertama baginda selepas kembali diaktifkan ini telah mendapat perhatian ramai rakyat sehingga meraih 11.3ribu Retweet dan 16.6ribu tanda suka.

Baginda menjelaskan keputusan menyahaktif akaun Twitter bukan disebabkan sedih dengan komen dibuat netizen, sebaliknya atas sebab-sebab peribadi. Baginda turut kecewa apabila mengetahui pihak polis telah menangkap beberapa individu yang didakwa bertindak biadap terhadapnya.

Sumber Twitter

Tambahnya, baginda turut berasa sedih apabila mengetahui hal ini daripada anakandanya, Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah, awal pagi tadi.


Sumber Twitter


Baginda turut meninggalkan sekeping foto bersama #kembalilahcheminah daripada keratan akhbar bersama kapsyen Tweet Mak Afzan sudah jeling! Tweet ini mendapat lebih daripada 3.3ribu Retweet dan 9.9ribu tanda suka.

Rata-rata netizen menzahirkan rasa syukur dan terima kasih kerana Tuanku Permaisuri Agong sudah kembali aktif semula di laman Twitter sebagai inisiatif untuk lebih mendekatkan diri dengan rakyat.

Sumber: Azizah Iskandar & Oh Bulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *