Blog

Pengasas Dnars Terkorban Dalam Perjalanan Sampaikan Derma Untuk Tahfiz Pattani

Pemergian pengasas Dnars Skincare, Hajah Faziani Rohban memberi kesan mendalam kepada orang ramai yang rata-rata mencemburui pemergian arwah di dalam bulan mulia ini ketika dalam perjalanan memberi zakat di bulan mulia ini.

Selain dikenali sebagai majikan yang baik hati, Allahyarham Faziani juga turut dikenali sebagai seorang yang rendah diri dan bermurah hati.

Seorang pengguna Instagram, Yanierashid berkata,

“Arwah baru menderma ke tahfiz anak saya melalui kenalan di tahfiz. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Terima atas infaq tersebut. Semoga infaq yang disalurkan arwah menjadi asbab arwah ke syurga. Ameen.” 

Arwah banyak buat kebaikan. Allahyarham Faziani sering menziarahi dan menyampaikan sumbangan di madrasah tahfiz dan melakukan aktiviti bersama para pelajar di sana.

Kebaikan tidak mengenal sempadan negara. Sekitar Majlis Solat Hajat, Bacaan Yassin , Al-Quran & Zikir Sempena Perasmian Dnars Indonesia bersama Wakil Tunggal Indonesia, pemborong-pemborong Indonesia, anak-anak yatim, keluarga & teman-teman dari Jakarta .

Semoga semua DOA-DOA & HAJAT-HAJAT diterima & dimakbulkan oleh Allah SWT dan dapat membantu golongan yang memerlukan di sini.

USAHAWAN kosmetik, Faziani Rohban Ahmad, 40, meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan di Pattani, Thailand pada pagi Sabtu.

Rakan baik Faziani, Natasha Maria Akhmad berkata, kejadian berlaku membabitkan sebuah lori dan kereta yang dinaiki pengasas produk kesihatan dan kecantikan Dnars itu.

Natasha yang mengenali Faziani lebih 12 tahun dimaklumkan kejadian berlaku kira-kira pukul 10.30 pagi Sabtu waktu Malaysia.

“Kemalangan berlaku semasa Faziani dalam perjalanan ke rumah anak-anak tahfiz bagi memberikan sumbangan. Beliau meninggal dunia di tempat kejadian.

“Suami Faziani, Ahmad Shah Rizal Ibrahim turut terlibat dalam kemalangan tetapi hanya mengalami kecederaan dan beliau yang memaklumkan kepada saya mengenai berita sedih ini,”

Semoga Allah menerima amal baik arwah yang selalu dekat dengan golongan agama. Arwah juga difahamkan sering mengadakan majlis sedekah setiap bulan kepada mereka yang memerlukan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *