Blog

PENANTIAN BERAKHIR! KALAU DIA DAH TAK ADA, BIAR LAH JASADNYA BERKUBUR

Memetik kata ayahnya, “kalau dia dah tak ada, biar lah kematiannya berkubur”. Akhirnya, jasad hero Abdul Bari timbul di permukaan air.

Semalam berlangsung solat hajat di kawasan tersebut. Berkat semua doa dan solat hajat, Allah izinkan jasadnya dizahirkan di permukaan air.

ABDUL Bari Asyraf Mohd, 31, yang hilang selepas membantu menyelamatkan lima sekeluarga dalam insiden pacuan empat roda terjunam ke muara Sungai Terengganu, dekat Pulau Warisan, Kuala Terengganu, kelmarin, ditemui lemas, pagi ini.

Jenazah mangsa ditemui di kawasan kuala sungai oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) dan orang awam jam 7.23 pagi ini, pada jarak 2.5 kilometer dari lokasi mangsa dipercayai lemas.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Azlimin Mat Noor berkata, mayat mangsa ditemui dalam keadaan terapung dan dinaikkan sebelum dibuat pengecaman oleh ahli keluarga mangsa.

“Mayat diserahkan kepada polis jam 7.50 pagi untuk tindakan lanjut,” katanya.

Dalam kejadian itu, Abdul Bari Asyraf yang sedang memancing terjun ke sungai bagi menyelamatkan lima mangsa yang berada dalam kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Storm yang meluncur sebelum terjunam ke sungai.

Bagaimanapun, Abdul Bari Asyraf dikatakan mengalami kejang otot sebelum kelibatnya hilang di permukaan air.

Tenang lah kamu di syurga duhai perwira. Jasa mu tak terbalas. Selamat tinggal.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *