Blog

Netizen Malaysia-Indonesia ‘bergaduh’ Pasal Batik DJ Soda & KLCC

Netizen Malaysia ‘naik angin’ hari ini ekoran dakwaan beberapa pengguna media sosial Indonesia mengatakan yang bangunan ikonik Menara Berkembar Petronas atau KLCC adalah milik negara itu.

Perbalahan dipercayai berlaku apabila So Hee Hwang atau lebih dikenali DJ Soda berkongsi dengan memuat naik gambarnya berkebaya Batik berlatarbelakangkan KLCC di laman Instagramnya.

Gambar itu menarik perhatian pengikutnya namun timbul pertikaian apabila ada beberapa netizen Indonesia menyatakan bahawa baju kebaya Batik dan menara KLCC adalah milik negara itu pada ruangan komen.

Hal ini disebabkan mereka mengatakan yang Batik itu mereka punya, tetapi mereka memberikan Batik kepada Malaysia dan ingin mengambil KLCC sebagai milik mereka. Kelakar betul statement. Hahahaha.

Malaysia dan Indonesia adalah negara serumpun! Tidak hairan kalau kita mempunyai persamaan dari segi budaya, makanan dan pakaian. Begitu juga dengan pakaian tradisional seperti Batik.

Ya! Memang Batik berasal dari Indonesia, tetapi ini tidak bermakna orang Malaysia tidak boleh pakai pakaian Batik. Malaysia pun ada Batik, kita boleh lihat sendiri perbezaan Batik Malaysia dan Indonesia. Motif atau coraknya pun dah lain dah kalau sekali pandang. Batik Malaysia lebih kepada motif flora, manakala, Indonesia pula lebih menyeluruh termasuk motif fauna sekali.

So, hentilah budaya claim hak milik masing-masing ya! Kita mesti bijak berfikir sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan. Kita patut bangga kerana berkongsi persamaan dari segi adat dan budaya tetapi pada acuan yang berbeza. Yang ini anda semua kena faham. Nampak sama tapi tak serupa!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *