Blog

nawSHARING – “semakin kita diuji semakin kita akan kuat…”

Hai Salam Noor Arfa Lovers! Harini min nak kongsi pasal anak bongsu Kak Alina Ali. Selalu min kongsi pasal kak Alina kan? Harini jom kita dengar plak kisah anak bongsu beliau (Amalin) pula. Kalau korang nak tahu, anak bongsu beliau merupakan anak istimewa Sindrom Down. Sejak lahir lagi, anak beliau akan ulang alik masuk hospital. Anak beliau telah menghidap penyakit jantung berlubang (VSD) , masalah usus Duodenal Atresia , salur kencing sempit (VUR) dan masalah paru-paru kronik Pulmonary Hypertension, dimana anak beliau memerlukan bantuan oksigen 24jam.

Hi Noor Arfa Lovers! Today I want to share about Kak Alina Ali’s youngest daughter. Before this, I always share about Mrs. Alina, right? Today let’s hear the story of her youngest daughter (Amalin). If you want to know, her youngest daughter is a special child with Down Syndrome. From the moment she was born, her daughter would commute to the hospital. Her daughter has perforated heart disease (VSD), intestinal problems Duodenal Atresia, narrow urinary tract (VUR) and chronic pulmonary hypertension, where her child needs 24 hours of oxygen assistance.

Baru-baru ni detect pula ada pula Rheumatoid Arthritis on Hydroxychloroquine. Sekarang anak beliau sedang mendapatkan rawatan IV metylpred dimana setiap bulan kena admit di Hospital Serdang. Begitu besar ujian yang dihadapi Kak Alina. Tapi itu sikit pun tidak mematahkan semangat beliau untuk terus berjuang dalam hidupnya. Walau perlu bergilir-gilir masuk hospital dengan anaknya, beliau tetap kuat dan positif. Min sangat kagum dengan Kak Alina kita.

Recently detected there is also Rheumatoid Arthritis on Hydroxychloroquine. Now her daughter is getting IV treatment which she must be admitted to Serdang Hospital every month. Kak Alina faced a big test. But that did not in the least break her spirit to continue fight for her life. Despite having to take turns going to the hospital with her daughter, she remained strong and positive. Min is very impressed with our Kak Alina.

Alhamdulillah selesai rawatan metylpred Amalin yang ke-2, doktor cakap Amalin tak perlu lagi pakai oksigen 24jam. Kak Alina turut berkongsi walau sibuk berulang-alik ke hospital alhamdulillah rezeki untuk beliau tidak pernah putus. Contohnya, jiran-jiran sering menghantar makanan untuk anak-anaknya kerana faham beliau sibuk jaga Amalin di wad. Selain itu, customer yang nak beli produk Noor Arfa juga sentiasa ada. Kongsi Kak Alina, “semakin kita diuji semakin kita akan kuat. Ada hikmahnya, Allah nak bentuk dan didik diri kita pada darjat dan tingkat serta makam yang lebih baik dan tinggi..”. Kata beliau juga, “Fa inna maal usri yusra inna maal usri yusra. Maka sesungguhnya dalam setiap kesusahan itu pasti ada kesenangan dan kemudahan”. Buktinya, setiap kali beliau dimasukkan ke wad atau anaknya pasti sales beliau akan naik. Beliau percaya rezeki Allah itu Maha adil.

Alhamdulillah, after Amalin’s 2nd metlpred treatment, the doctor said Amalin no longer needs to use oxygen for 24 hours. Kak Alina also shared that even though she was busy going back and forth to the hospital, thank God for her sustenance that never stopped. For example, neighbors often send food to her children because they understood she is busy taking care of Amalin in the ward. In addition, customers who want to buy Noor Arfa products are always available. Share Kak Alina, “semakin kita diuji semakin kita akan kuat. Ada hikmahnya, Allah nak bentuk dan didik diri kita pada darjat dan tingkat serta makam yang lebih baik dan tinggi..”. She also said, “Fa inna maal usri yusra inna maal usri yusra. So indeed in every hardship there must be pleasure and ease”. The proof is, every time she is admitted to the ward or her daughter, her sales will definitely go up. She believes that God’s provision is fair.

Apa yang boleh min simpulkan, Kak Alina memang seorang yang kuat dan cekal hati. Min doakan semoga rezeki Kak Alina akan sentiasa mencurah-curah dan diberikan kesihatan yang berpanjangan.

What can I conclude, Kak Alina is indeed a strong and resilient person. Min pray that Kak Alina’s sustenance will always be abundant and given long lasting health.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *