Blog

#nawSHARING Alina – Sah 9 penyakit kronik bukan penghalang berbisnes

Salam Noor Arfa Lovers, kisah Noor Arfa Warrior Alina admin kongsikan kali ini. Dugaan demi dugaan yang menimpa namun beliau tetap tabah dan kuat menghadapi cabaran hidupnya.

Salam Noor Arfa Lovers, story of Noor Arfa Warriors Alina admin wants to share, this time. Challenge after challenge that she faced, yet she is calm and strong to overcome it.

Puan Alina merupakan ibu tunggal kepada 7 orang anak. Suami beliau telah dijemput Ilahi 5 tahun lepas. Selepas itu, Puan Alina disahkan dengan 9 penyakit kronik iaitu;

Mrs Alina is a single-mother to 7 children. Her husband passed away 5 years ago. After that, she is dignosed with 9 cronic diseases that are:

1.Myasthenia Gravis – antibodi menyerang hubungan saraf dengan otot

2. SLE – antibodi menyerang organ badan

3. Sjogren’s Syndrome – antibodi menyerang kalenjar air liur, air mata dan kelembapan badan

4. Mixed Connective Tissue Disease – antibodi menyerang tisu badan

5. Thymoma – tumor pada kalenjar thymus

6. Obtrusive Sleep Apnea – pernafasan terhenti semasa tidur, kena pakai mesin CPAP setiap malam

7. Osteoarthritis – radang pada sendi

8. Hypertension/darah tinggi

9. Diabetes Mellitus

 

Anak bongsu beliau pula ialah anak istimewa Sindrom Down yang mengidap penyakit jantung berlubang dan paru-paru kronik pulmonory Hypertension. Keadaannya yang memerlukan dia menggunakan mesin oksigen 24 jam. Kos yang tinggi diperlukan untuk membiayai perubatan beliau dan anak bongsunya. Anak sulungnya pula terpaksa berhenti belajar untuk menjaga keluarganya. Beliau beritahu yang beliau perlu ambil 40 biji ubat setiap hari. Setiap bulan, beliau perlu mendapatkan rawatan di wad untuk masukkan 60 botol ubat IVIg, sejenis ubat antibodi dan kadang-kala setiap 2 minggu. Sambungnya, beliau juga menjalani rawatan Kemoterapi Cyclophosphamide dan sehingga sekarang, beliau sudah jalani 3 sesi rawatan ini. Dugaan begitu besar dengan ubat-ubatan yang banyak, badan rasa panas, rambut gugur yang dialaminya membuatkannya hanya selesa dengan kain kapas dan kain batik sahaja.

Her youngest child is a special one with Down Syndrome, hole in the heart and Pulmonory Hypertension, cronic lung disease. Her child’s condition needs the child to depends on oxygen machine 24 hours. High medical cost is needed to accommodate the medical lost of her and her child. Her first child had to postpone her study to stay with the family. She also mentioned that she needs to take 40 pills a day. Every month, she needs to be in the ward for her 60 bottle IVIg medicine, n antibody medicine and sometimes she needs to do it every 2 weeks. She continued, she also needs to do Chemotherapy Cyclophosphamide therapy and until now she ahd gone through 3 sessions/ Her struggles are very heavy with the big amount of medicine, high body temperature, hair loss that she faced made her only comfortable using cotton materials and Batik only.

Sebelum ni, beliau juga banyak buat dropship untuk tambah pendapatan. Beliau mencari kain batik dan menemui seorang pembekal, tapi kena beli borong minimun 20 helai jadi, beliau beli secara borong sekodi batik tu. Tujuannya untuk dipakai sendiri dan jual pada kawan-kawannya. Tapi batik sekodi ni diberi corak secara rawak. Faham-fahamlah, ada yang berkenan dan ada yang orang tak berkenan. Puan Alina perlu urus sendiri proses pembungkusan dan pengeposan barang-barang tersebut.

Before, she also joined as dropship to gain income. She searched for Batik and found a provider but she needs to buy minimum 20 pieces, so she did buy bundles. Her objective was for her to wear and sell it to her friends. But Batik that she got consisted of random designs. There are some that she liked, some that didn’t looked so appealing. She also needed to settle the boxing process and the postage herself.

Semasa beliau jual kain batik Terengganu ni, ada seorang makcik mencari batik sarung solat Noor Arfa. Dari situlah beliau mula cari Noor Arfa dalam carian internet. Terjumpa pula peluang untuk jadi dropship, tanpa modal dan tanpa perlu simpan stok. Dan begitulah NAW Alina sertai Noor Arfa Warriors Alhamdulillah, katanya rasa sangat mudah dengan Noor Arfa. Puan Hartini, Leader team beliau sangat banyak membantu. Dalam wad pun beliau dapat buat jualan. Urusan dan proses pengeposan order semua diuruskan oleh Noor Arfa. Bulan pertama iaitu pada bulan Julai, berjaya buat jualan RM872 dan pada bulan Ogos pula jualan sebanyak RM2, 412. In Shaa Allah, akan terus komited, kekalkan momentum dan konsisten dalam tindakan. Dengan tekad, azam serta keinginan yang kuat, pasti berjaya capai impian jutawan berjaya di dunia dan akhirat,” NAW Alina berkata. Insyallah, Aamiin!

When she sells Batik Terengganu, there was a customer that searched for Batik Sarung solat Noor Arfa. From there, she started to dig for Noor Araf in the internet. Then she found the dropship opportunity, without capital and without having to keep stock. And that was how NAW Alina joined NAW Alhamdulliah, she said it is very easy with Noor Arfa. Mrs Hartini, her Team Leader is very helpful. Evn when she is in ward, she could do business. No worries, the postage of the orders are handled by Noor Arfa. Her first moth Julai, she succeed in gathering sale of RM872 and in August, her sale is RM2, 412.

Admin cukup kagum dengan sikap tak putus semangat NAW Alina dalam dugaan hidupnya, tambah lagi beliau tetap teguh dan  ingin mengubah hidupnya sedikit sebanyak dengan menjadi NAW. Apa lagi alasan kita untuk tidak mencuba seperti NAW Alina?

Admin is very stunned with the attitude of determination NAW Alina in facing her life-challenges, thus she stand tall and the wll to changer her life little by little by joining NAW. What else is your excuses to not try like NAW Alina did?

 

RUJUKAN: Hartini Omar. (Ogos 2020).

 

-NNA

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *