Blog

NACC Batik Pavillion Terbesar di Malaysia

Anda semua pernah dengar ke NACC Batik Pavillion?hehe. Kami telah membuat penjenamaan semula NACC sebagai pusat Batik Pavillion Terbesar di Malaysia. Langkah ini diambil bagi mengembangkan lagi sayap kami dalam industri batik Malaysia khasnya dan di dunia amnya.

Kenapa kami gelarkan Batik Pavillion Terbesar di Malaysia? Anda kena datang sendiri tengok bagaimana kami beroperasi! Kami memiliki satu kompleks yang besar di mana dalamnya terletak Batik Mall yang sungguh eksklusif, kami mempunyai ruangan Bilik Premier untuk barangan pakaian golongan atasan dan sederhana.

Pendek kata, kalau anda mencari produk atau item berkaitan batik, NACC lah tempatnya! Anda tidak perlu ke tempat lain. Kami menyediakan 1001 produk batik! Kami nak jadikan NACC tempat pertama di Terengganu yang patut dikunjungi oleh pelancong dari dalam negara atau pun luar negara.

Kami nak bersaing dengan Pasar Pa….! Tapi berlawan secara sihat lah. Biar selepas ini, pelancong datang ke NACC dulu baru pergi ke Pasar Pa….. hehe. Tapi yang pasti, NACC lebih kondusif, sebab kami mesra pelanggan dan memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk anda. Suasana di NACC suasana Mall taw! Ada aircond lagi. Hehe. Keselesaan anda keutamaan kami!

Kami berada di Noor Arfa Craft Complex (NACC) yang terletak di kawasan perindustrian Chedering, Terengganu. Sebenarnya, NACC  ini telah dirasmikan pada 26 Jun 2008. Perasmian NACC disempurnakan oleh YDPA Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin.

Nah, kami belanja gambar untuk anda semua, jangan lupa datang taw! Nak pergi mana? Mana lagi kalau bukan NACC Batik Pavillion Terbesar di Malaysia! Hehe. Jangan lupa hashtag kami!

#NACCbatikPavillionterbesardiMalaysia

#70jenamabatikdibawahsatubumbung

 

3 thoughts on “NACC Batik Pavillion Terbesar di Malaysia

  1. noorarfa says:

    Thanks for your feedback. I will take a look your website.

  2. Nurulizam says:

    Hadir ku sekali disana….. Seolah2 dipanggil2 utk dtg lagi….rindu sayang dengan Terengganu…. Insyaallah datang 27 Julai 19 nanti lagi…..jarak sebelum ini pertama kali hadir pada 27 April 19….

    1. noorarfa says:

      Wah, puitis bahasa. Terima kasih, jemput datang ramai-ramai ya, Noor Arfa buat banyak promosi bulan ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *