Blog

Mr. Ragaman Serlahkan Sosial Melayu

Penyanyi dan kompuser Faizal Tahir tampil berbeza apabila muncul dengan single terbaru yang bercirikan konsep gabungan muzik reggae dan pop yeh yeh berjudul Ragaman hasil kolaborasi Faizal Tahir sendiri bersama kompuser Mike Chan dan Romeo.

Apa yang menarik pasal lagu ini ialah banyak elemen Melayu yang ditonjolkan. Dari segi visual kita dapat lihat Faizal Tahir menggunakan baju kemeja batik dan dibantu oleh heroin dalam video muzik beliau juga memakai kebaya batik.

 

Suntikan Klasik dan Tradisional ini menjadikan lagu ini rare. Dalam tak sedar beliau memartabatkan industri Batik ke peringkat yang lebih tinggi. Sekarang pun dah menjadi trend kaum lelaki pakai kemeja batik bila ke majlis-majlis yang melibatkan ramai orang.

Kalau anda perasan Faizal Tahir akan pakai kemeja batik untuk buat persembahan live ketika menyanyikan lagu ini. Dalam lagu ini juga banyak menyentuh budaya masyarakat Melayu dalam konteks suami isteri.

Menurut Faizal, beliau amat suka dan teruja dapat muncul dengan genre muzik itu kerana jauh berbeza dengan lagu-lagunya sebelum ini.

“Kenapa memilih muzik reggae dan pop yeh yeh? Ramai yang bertanya den susah saya nak terangkan sebenarnya. Idea itu timbul secara tak sengaja semasa tengah jamming mencari lagu dan tiba-tiba timbul idea lagu tersebut dan on the spot lirik terkeluar dari mulut saya. Masa itu Mike Chan ada di situ, dia pun ada kata lagu menarik dan apa kata kita keluarkan.

“Mula-mula itu memang saya tak yakin nak muncul  dengan lagu ini. Yelah kan, muziknya memang bukan menonjolkan diri saya. Apabila lirik dah siap dan lakukan rakaman, saya rasa saya seorang sahaja yang boleh bawa lagu ini. Kalau orang lain bawa mungkin tak dapat apa yang saya mahukan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *