Blog

Masih Bergetah, Umur 53 Tahun Sertai ‘Miss Kebaya’

[vc_row][vc_column][vc_column_text]Berusia bukan penghalang untuk anda dinobatkan sebagai ‘Miss Kebaya’. Bak kata orang putih, “Age is just a number” gituu.

Menyertai pertandingan ‘Miss Kebaya’ pada usia 53 tahun bukan sekadar untuk beliau memberi sokongan kepada program yang lebih mendapat tempat dalam kalangan golongan muda, sebaliknya merupakan satu cara untuk meningkatkan keyakinan diri.

Agnes Lee, petugas sukarelawan di Tourism District Public Ambassador Perak, yang telah berkhidmat selama 3 tahun itu tidak menjadikan umurnya sebagai penghalang untuk mengambil bahagian dalam pertandingan ’22 Hale Street Miss Kebaya’ yang berlangsung di Ipoh, malam tadi.

“Walaupun tidak menang tapi ia sememangnya memberikan satu pengalaman. Rasa berdebar semasa memperagakan pakaian dan berjalan di atas pentas sesuatu yang tidak akan dilupakan.

“Apa yang penting, kita semua ‘happy’ sertai program ini yang disertai semua bangsa pelbagai umur, selain meriahkan program di Perak ini,” kata Lee, yang nampak manis berkebaya nyonya, kepada pemberita.

“Miss Kebaya” merupakan sebahagian daripada program Sama-sama Pride Of Perak (PoP) anjuran kerajaan negeri, Tourism Perak, Majlis Bandaraya Ipoh dan beberapa syarikat swasta serta agensi berlangsung di Jalan Tun Sambanthan bermula semalam hingga hari ini.

Program PoP dianjurkan bersempena pembukaan galeri warisan 22 Hale Street yang akan disempurnakan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah, hari ini.

Sementara itu, pasangan adik-beradik Jazmina Ain Nabila Johar, 19, dan kakaknya Jazmina Ain Nabiha Johar, 25, masing-masing meraih tempat pertama dan kedua dengan membawa pulang wang tunai RM300 dan RM200.

Bagi Jazmina Ain Nabila, pelajar Universiti Teknologi Mara Seremban, dia menyertai pertandingan ini selepas dipujuk kakaknya dan tidak menyangka akan menang.

“Dari atas sampai bawah semua kepunyaan kakak. Ini kali pertama memasuki pertandingan seperti ini dan tak sangka ia bawa tuah kepada saya,” katanya yang berkebaya nyonya hitam merah dan membawa gaya era 60-an.

Jazmina Ain Nabiha pula berkata, dia mengetahui mengenai pertandingan itu melalui Twitter Tourism negeri dan menyertainya bersama adik sekadar suka-suka.

“Tak sangka juga menang sebab kami berdua buat keputusan pukul 5 petang tadi untuk sertai. Alhamdullillah rezeki kami adik-beradik malam ini,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan negeri, Tan Kar Hing berkata sebanyak 70 gerai makanan, minuman, produk pelancongan dan pameran dibuka bersempena program ini.[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *