Blog

Market Positioning Jadikan Noor Arfa Eksklusif & Mewah

Pada mulanya pembuat batik sarung di Terengganu ketawakan kami. Mereka kata siapa nak pakai batik bunga besar  dan warna yang berani. Sebelum memulakan perusahaan, kami membuat kajian pasaran.

Kami lihat terlalu ramai pengusaha membuat batik sarung. Corak dan kaedah  mereka sama. Jadi persaingan sangat sengit. Oleh itu kami membuat keputusan untuk membuat batik yang tiada pesaing iaitu batik eksklusif.

Kami mencipta Batik Lukis Tangan. Oleh kerana kami membuat market positioning Noor Arfa sedemikian rupa, maka kami tiada masalah walaupun harga kami jauh lebih tinggi. Sebab itu kami tidak mahu menjual produk kami di pasar-pasar.

Produk kami bukan biasa-biasa. Anda boleh try sendiri. Sekali kami kata produk kami eksklusif dan mewah maknanya kami bukan sekadar cakap sahaja. Kami akan pastikan ia betul-betul berkualiti bermula dari penggunaan benang lagi.

Walaupun keluaran batik kami eksklusif tetapi kami bukan lah lahir sebagai syarikat mewah. Sebaliknya ia lahir hanya di belakang rumah mereka di Jalan Sultan Zainal Abidin,Kuala Terengganu pada tahun 1980 dengan modal kira-kira RM500.

Ketika itu kami baru sahaja berkahwin pada 17hb. Febuari 1980. Cinta kami berputik di Lembaga Kraftangan Malaysia pada tahun 1976 di mana Wan Ariffin adalah tenaga pengajar kursus membuat batik sementara Noor Hijerah yang dilahirkan di Taiping, Perak adalah pelatihnya.

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *