Blog

Makan Gaji Walaupun Syarikat Sendiri, Tips Kejayaan Wan Ariffin

“Kualiti dan disiplin harus diutamakan, sentiasa berfikiran positif dan kena ada pemikiran ke arah masa depan”.

Ini lah kata-kata yang keluar dari bibir pengasas Noor Arfa iaitu Wan Ariffin apabila ditanya berkenaan dengan pesanan dan harapan.

Menurutnya lagi, kita jangan cepat berpuas hati dengan apa yang kita telah capai. Saya pun hari ini, masih nak berkembang dan terus berkembang walaupun ada pelbagai kekangan.

Perlu update sistem pengurusan supaya lebih tersusun dan sistematik.

Banyak pengusaha lain yang tidak menitikberatkan pengurusan perniagaan mereka dengan sistematik.

Masa saya mula-mula start dulu, saya cari ramai kerani untuk rekod semua produk dan jualan.

Saya pun dibayar gaji macam pekerja oleh kerani, walaupun saya Bos, kalau masa itu, syarikat mampu bayar gaji RM 500, saya ambik gaji RM 500 je lah.

Maknanya duit syarikat, duit syarikat, duit kita, duit kita, jangan sentuh duit syarikat.

Banyak pengusaha Melayu yang campur adukkan duit syarikat macam duit peribadi. Yang ini lah saya nak pesan supaya perlu ada pengurusan kewangan yang baik.

Kepentingan diri letak nombor 2, majukan perniagaan dulu kalau nak berjaya dalam perniagaan.

Kaya kan syarikat dahulu, kita tak apa kalau tak kaya pun. Kita tak pernah ambil duit syarikat, kita makan gaji sahaja.

Jangan bermewah sangat, macam dengan anak-anak pun kita tak ajar cara hidup mewah.

Dalam perniagaan biar kosisten dan bertambah maju, jangan masa kita muda perniagaan kuat, bila kita sakit, niaga kita pun sakit, bila kita tak ada, niaga kita pun tutup, biar niaga kita terus hidup dan wariskan pada anak-anak kita, walaupun kita dah tak ada masa itu.

Masa saya pergi Jerman, perniagaan diorang semua 100 tahun ke atas, sebab itu saya pelik bila orang tanya perniagaan Noor Arfa 38 tahun dia kata lama dah.

Pada saya kecil je tu, baru lagi kalau nak banding dengan syarikat di Jerman sampai ada yang sampai 200 tahun berniaga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *