Blog

LUKISAN BATIK JALUR GEMILANG

Wan Mohd Hafiz (dua dari kanan) dan Ismanisa (kanan) bersama kakitangan mewarnakan batik yang dicanting mengikut simbol Hari Kebangsaan yang ke 62.

Melukis batik dengan corak Jalur Gemilang menjadi aspirasi kakitangan Noor Arfa Holdings Sdn Bhd (Noor Arfa) dalam menzahirkan semangat kemerdekaan menjelang Hari Kebangsaan, 31 Ogos ini.

Seramai 15 kakitangan syarikat pengeluar batik terkemuka Terengganu itu mengambil masa tiga hari mencanting batik untuk dijadikan Jalur Gemilang sebagai persiapan menyambut Hari Kebangsaan Ke-62.

Pengurus Operasi Pemasaran dan Jualannya, Ismanisa Itam@Ismail berkata, kerja mencanting batik untuk dijadikan Jalur Gemilang bersaiz satu meter panjang dan lebar itu dimulakan Isnin lalu serta siap sepenuhnya kelmarin.

Katanya, Jalur Gemilang itu akan dimasukkan dalam bingkai untuk dipamerkan kepada orang ramai di lobi Kompleks Kraf Noor Arfa di Chendering di sini, mulai hari ini.

“Cadangan mencipta batik untuk dijadikan Jalur Gemilang itu adalah cetusan idea Pengurus Besar Noor Arfa, Wan Mohd Hafiz Wan Mohd Ariffin,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *