Pakej Pelancongan

Cabutan Bertuah!

Beli dan Menang! Mac - Disember 2019

* indicates required
Adakah Anda Sudah Mendaftar Sebagai Ahli Noor Arfa *
Anda Sudah LIKE & FOLLOW Media Sosial Noor Arfa?
Berminat menjadi Batik Lover yang Up To Date?
*Tertakluk pada terma dan syarat

Terma & Syarat

  1. Terbuka kepada semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun keatas.
  2. Peraduan ini dianjurkan oleh Noor Arfa (Penganjur) , di mana pekerja NACC, pengedar, pembekal dan ahli keluarga tidak boleh mengambil bahagian dalam peraduan ini.
  3. Peraduan ini akan bermula pada 1 Mac 2019 dan berakhir pada 31 Disember 2019 bagi cabutan pertama. Penganjur mempunyai hak mutlak untuk mengubah tempoh peraduan tanpa sebarang notis.
  4. Semua penyertaan mestilah diterima sebelum tamat tempoh peraduan. Penyertaan akan dibatalkan secara automatik jika diterima selepas tamat tempoh.
  5. Peserta mestilah mematuhi peraturan peraduan, terma & syarat, seperti yang dinyatakan untuk layak memenangi hadiah. Penyertaan yang tidak lengkap atau tidak mematuhi peraturan akan dibatalkan secara automatik.
  6. Keputusan peraduan ini akan diumumkan seminggu selepas tamat peraduan secara Live di Facebook Noor Arfa Batik – HQ  dan pemenang akan diminta berikan Nama penuh, Nombor Telefon, Emel dan Nombor Kad Pengenalan untuk tujuan pemberian hadiah.
  7. Keputusan penganjur adalah MUKTAMAD. Sebarang rayuan atau ketidakpuasan hati TIDAK akan DILAYAN.
  8. Hadiah tidak boleh diterima oleh pihak ketiga bagi pihak pemenang.
  9. Hadiah tidak boleh ditukar milik, ditukar dengan wang tunai atau dalam sebarang bentuk baucer.
  10. Dengan menyertai peraduan ini, setiap peserta bersetuju dan memahami akan keputusan peraduan yang telah ditetapkan oleh penganjur.
  11. Dengan menyertai peraduan ini, setiap peserta memahami dan bersetuju bahawa pihak penganjur seperti diatas, sesiapa yang bertindak bagi pihak penganjur, dan pemegang lesen penganjur, pengganti dan penerima serah hak, hendaklah mempunyai hak, jika dibenarkan oleh undang-undang, untuk mencetak, menyiarkan, mengedarkan, dan digunakan dalam mana-mana media yang diketahui kini atau yang akan dibangunkan , untuk selama-lamanya dan di seluruh dunia, tanpa had, kemasukan, nama, potret, gambar, kenyataan mengenai peraduan ini, dan maklumat biografi untuk berita, publisiti, maklumat, perdagangan, pengiklanan, perhubungan awam, dan tujuan promosi.
  12. Penganjur mempunyai hak mutlak untuk mengolah terma & syarat pada bila-bila masa tanpa sebarang notis.
  13. Peraduan ini tidak ditaja, disokong, ditadbir oleh, atau berkaitan dengan facebook.
  14. Setiap pelanggan layak menyertai peraduan mengikut terma dan syarat pembelian.
  15. Dengan mengisi maklumat ini, anda bersetuju untuk menerima sebarang berita, tips, dan maklumat dari Noor Arfa.
  16. Untuk pernyertaan,Peserta haruslah mengikut semua langkah ini:
  • Berbelanja di Noor Arfa atau di semua cawangan Noor Arfa sebanyak Rm200 Keatas.
  • Imbas QR Code untuk Isi borang secara atas talian dan Hantar.