Kompleks Kraf Noor Arfa(NACC) terkenal sebagai sebuah destinasi wajib singgah ketika melancong ke Malaysia. Bertapak di Terengganu, mereka mempunyai pelbagai tarikan sebagai kompleks kraf. Perkara pertama yang bermain di fikiran orang ramai apabila mendengar nama Noor Arfa ialah Batik! Kebanyakan masyarakat di malaysia mengenal NACC sebagai Batik Pavilion Terbesar di Malaysia. Jom kita lihat apa yang menariknya Kompleks Kraf Noor Arfa ni.
Jika ini adalah kali pertama anda melawat Terengganu, jangan risau dan panik jika anda tiada kenderaan kerana di sini di ibu kota Kuala Terengganu mereka mempunyai pengangkutan awam yang unik yang dipanggil ‘Bas Kitē’ yang akan membawa anda melawat ke destinasi menarik di Terengganu termasuk di sini di Kompleks Kraf Noor Arfa dengan harga yang sangat berpatutan. Pendek kata, anda tidak perlu bimbang tentang pengangkutan atau bagaimana cara untuk berkunjung ke sini dari pusat bandar dan kembali ke hotel anda semula kerana anda hanya perlu mengikuti jadual bas.