Blog

Kolaborasi Raya Noor Arfa dan Manis FM

Majlis sambutan Aidilfitri Noor Arfa telah diadakan di Dewan Terbuka Noor Arfa Craft Complex (NACC) pada hari Isnin 9 julai 2018. Menariknya, sambutan hari raya ini dijayakan dengan kolaborasi antara NACC dan Manis FM.

Majlis ini boleh tahan juga besarnya, antara tetamu kehormat yang hadir ialah Exco Kerajaan Negeri serta barisan ketua Noor Arfa dan Manis FM. Majlis ini bermula pada pukul 11.00 pagi dan berakhir pada pukul 3.00 petang.

Pelbagai acara telah diadakan yang sekaligus memeriahkan lagi majlis ini. Persembahan dari artis Manis FM dan Buskers anak muda merancakkan lagi suasana raya di NACC. Sambil makan tetamu juga dihidangkan dengan pelbagai juadah hari raya.

Antara menu makanan yang dijamu ialah Nasi Beriyani, Laksa Terengganu, Sate, Cendol, Jagung manis, kuih raya, aneka minuman dan banyak lagi. Apa yang pasti tetamu yang hadir tidak kering gusi kerana dihiburkan dengan celoteh DJ Manis FM yang manis-manis belake.

Bagi merasai suasana raya ini, jom kita saksikan sedikit koleksi gambar kenangan meriahnya raya NACC bersama Manis FM. Diharap NACC dapat menjalinkan kerjasama dengan agensi yang lain pula. Tidak kira lah agensi mana pun, kerana kami di NACC sentiasa terbuka untuk anda semua.

Salam sayang dari kami warga NACC, jangan lupa hashtag kami taw!

#noorarfa

#rajabatiksarongMalaysia

#janganpulangtanpanya

#NACCbatikPavillionterbesardiMalaysia

#70jenamabatikdibawahsatubumbung

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *