Blog

KECANTIKAN-10 CARA BATIK LOVERS TAMPIL AWET MUDA

Hai batik lovers, pernah tak anda mengalami satu situasi di mana, anda dah pakai cantik-cantik pakaian anda untuk pergi ke satu majlis. Dekat sana, anda jumpa ramai orang dan tiba-tiba, rakan yang anda dah lama tak jumpa, tegur anda kelihatan berusia ? Mesti anda rasa down kan ?

Mesti anda tertanya-tanya, tua sangat ke anda ? Ini pasti menjejaskan tahap keyakinan anda untuk berjumpa dengan orang ramai.

Nah, sekarang penulis nak berkongsi dengan anda tips untuk kelihatan awet muda dari usia sebenar anda. Sehinggakan anda tidak perlu lagi sembunyikan diri dari bertemu orang ramai. Mesti anda seronok kan bila dipuji nampak muda lagi dari usia sebenar ? hehe

1.Dapatkan tidur yang mencukupi. Waktu tidur yang paling baik adalah 7-8 jam sehari. Ia penting bagi kesihatan dan kecantikan diri seseorang. Ia juga memberi kesan kepada emosi kita. Jika tidur cukup, bangun pagi anda pasti akan merasa ceria. Emosi yang ceria dan positif akan memberi effect kepada muka kita dan mengelakkan penuaan.

FOTO : GOOGLE

2.Elakkan makan pada waktu tengah malam. Seeloknya makan sebelum pukul 8 malam. Ini kerana, makan lewat malam menyebabkan makanan lambat diproses dan akan memberi kesan kepada badan kita. Tapi, yang paling utama kerana makanan yang tidak dapat diproses menjadi tenaga akan bertukar menjadi lemak.

3.Bersenam juga adalah salah satu cara untuk tampil awet muda. Jika anda seorang yang sibuk sehinggakan tiada waktu untuk bersenam atau pergi ke gim. Anda boleh melakukan senaman ringan seperti berjalan sebanyak 5 minit, 3 kali sehari.

4.Aromaterapi atau terapi wad antara remedi yang baik untuk sistem pernafasan dan untuk kesihatan kulit serta kecantikan.

5.Semburkan sedikit air pada wajah mengikut waktu yang rutin, contohnya setiap 4 jam sekali bagi mengelakkan pori-pori tersumbat. Bila pori-pori tersumbat akan menyebabkan muka berminyak dan seterusnya mungkin akan mengakibatkan masalah lain kepada muka. Selain itu, ia juga dapat membantu mengelakkan kulit daripada kering.

6.Amalkan meminum jus lobak kerana pengambilan jus lobak setiap hari dapat membantu kulit anda kelihatan muda dan bertenaga.

FOTO : GOOGLE FOTO : GOOGLE

7.Amalkan pengambilan vitamin E kerana ia bagus untuk kulit. Vitamin C pula bagus untuk kesihatan kulit.

8.Pastikan juga anda memakai sunblock bagi mengelakkan sinaran UV. Sinaran UV boleh menyebabkan muka kelihatan tua dan juga menyebabkan muka berjeragat.

9.Pastikan juga anda mencuci muka dengan betul dan mengikuti langkah-langkah kecantikan yang dikongsi oleh pakar bagi memastikan kulit muda anda sentiasa muda remaja.

10.Elakkan pengambilan air manis atau bergas secara berlebihan. Banyakkan minum air putih.

Setakat itu sahaja tips yang penulis boleh kongsi supaya anda kelihatan awet muda sentiasa. Paling penting untuk kelihatan awet muda, anda harus menjaga pemakanan dan kesihatan anda. Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *