Blog

Itu Ini Songket Yang Anda Perlu Tahu

Hye semua, harap anda semua sihat, sebab hari ni saya nak story pasal Songket pulak. Siapa tak tahu songket itu apa? Ada ke yang tak tahu songket ni apa? Mustahil sangat lah.Haha.

Okey lah, saya belanja gambar songket! Nanti ada yang marah pulak kan. Kita meraikan golongan yang tak pernah lihat dan tak pernah tahu pasal songket ni. Kita perlu menghormati semua orang taw! Songket di bawah ini dari Noor Arfa Craft Complex (NACC) taw, cantik gile! Hehe.

Kain songket adalah hasil tenunan benang sutera atau kapas yang ditenun bersama-sama dengan benang emas dan perak. Ianya biasa dipakai semasa majlis-majlis besar.

Ia ditenun di atas rangka tenun di mana corak direka dengan memperkenalkan benang emas dan perak mengunakan jarum rata atau Cuban. Songket perlu melalui Sembilan langkah sebelum ia menjadi sehelai kain.

Menenun songket masih lagi mengunakan cara tradisional. Langkah yang pertama adalah mencelup benang. Benang putih akan dicelup dengan pewarna yang dikehendaki.

Setelah itu, benang tersebut harus dikeringkan. Langkah kedua adalah proses di mana pelenting yang diperbuat daripada buluh kecil digunakan untuk melilit benang. Proses ini dilakukan dengan bantuan alat darwin dan alat pemutar rahat.

Seterusnya ialah proses menganeng benang. Menganeng adalah proses membuat benang loseng yang direngang di alat penenun bagi menentukan saiz panjang yang akan ditenun.

Langkat keempat adalah mengulung benang. Benang- benang yang telah direngang akan digulung dengan sekeping papan loseng. Seterusnya adalah menyapuk benang. Setelah benang loseng dimasukkan ke dalam gigi atau sikat jentera, kerja-kerja menyapuk dilakukan.

Dua urat benang dikaitkan melalui celah gigi jentera. Langkah keenam adalah mengarak benang. Karak dibuat daripada benang asing yang digelung, benang loseng berangkap genap dan ganjil akan diangkat naik turun secara berselang seli sewaktu menenun.

Seterusnya adalah menyongket benang. Proses mereka corak di atas benang loseng dengan menggunakan alat yang dipanggil lido dengan menyongket benang loseng sebanyak tiga atau lima lembar dan kemudiannya diikat dengan proses ikat butang. Proses terakhir adalah menenun benang.

Alat torak diisi dengan benang pakan atau benang emas, dimasukkan ke kiri dan kanan di celah-cleah benang loseng mengikut corak yang dikhendaki hinggalah menjadi sekeping kain songket.

Kain yang disiap ini di potong mengikut saiz. Seperti yang dikatakan oleh Zaharah, orang yang bertanggungjawab untuk menenun songket, ketepatan adalah sangat penting apabila menenun kerana kesilapan yang sedikit pun dapat dilihat.

Jika ia berlaku, benang tenunan tersebut harus dibuka semula bagi untuk membaiki balik kesilapan yang dilakukan.

Proses membuka balik hasil tenunan adalah lagi susah dan rumit berbanding kepada proses menenun songket. Jadi, penenun seharusnya sentiasa focus pada kerja mereka iaitu menenun.

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *