Blog

Itu Ini Batik Blok Yang Anda Perlu Tahu

Hye semua, hari ni saya nak kongsikan pembuatan Batik Blok. Sebelum itu nak royak (bagitahu) yang kami di NACC ni menyediakan beberapa demostrasi yang melibatkan pembuatan batik, songket dan mengayam tikar mengkuang.

Anda tahukan, ada pelbagai jenis batik? Salah satu daripadanya ialah batik blok. Batik blok ini ialah batik yang dihasilkan mengunakan blok. Blok ini diperbuat daripada kepingan zinc atau tembaga.

Sebelum kita pergi lebih jauh, meh saya kongsikan sejarah sedikit. Orang tua dulu-dulu,mengunakan ubi kentang sebagai blok. Namun begitu, ia berhenti mengunakan ubi kentang sebagai blok kerana ia sememanganya tidak tahan lama.

Blok ubi kentang hanya boleh bertahan selama sehari kerana ia mudah rosak. Kemudian, mereka mula mengunakan kayu sebagai blok tetapi ia juga tidak bertahan lama kerana ia mudah patah apabila digunakan beberapa kali.

Akhirnya mereka mengunakan kepingan zinc atau tembaga. Terdapat dua jenis blok yang digunakan di dalam proses batik blok iaitu padat dan artline. Apa yang membezakan dua jenis blok itu adalah design dalaman artline dapat diwarnakan manakala design dalam padat tidak boleh diwarnakan.

Biasanya blok padat agak rumit dan teliti. Kalau anda datang ke NACC, proses membuat blok biasanya akan mencetak corak di atas kertas terlebih dahulu sebelum memulakan proses membuat blok.

Benda ni bagi memastikan corak tersebut kemas dan tepat. Kemudian, mereka akan membentuk wayar-wayar untuk menghasilakan corak blok. Proses membuat blok biasanya akan mengambil selama seminggu tetapi bagi corak yang agak rumit, ia akan mengambil masa dalam sebulan untuk menghasilkan blok tersebut.

Selain daripada blok, meja batik blok juga diperlukan. Meja batik blok diperbuat daripada span basah yang dibaluti dengan plastik kaca yang membolehkan proses penyejukan lilin apabila ia di atas fabrik.

Mereka mengunakan daun pisang sebagai meja batik blok pada zaman dahulu. Lilin yang digunakan untuk menghasilkan batik blok adalah diperbuat daripada lilin putih dan juga damar.

Lilin putih dapat menghalang warna daripada keluar dari design manakala damar membolehkan lilin itu menembusi fabrik yang digunakan. Proses mencetak bermula dengan menekap blok berulang kali di atas fabrik dengan lilin cair.

Menurut orang yang bertanggungjawab membuat batik blok, Encik Oslan, ketepatan membuat blok amat penting kerana ia akan mengekalkan konsistensi lilin apabila di atas fabrik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *