Blog

Gabungan Alfa Romeo & Pengasas Noor Arfa

Pada asasnya ia terbentuk dari nama kami berdua iaitu isteri saya Noor dan saya Ariffin. Tapi, mengambil kira pada zaman 80 an, kereta Alfa Romeo sangat popular masa itu dan very canggih.

Jadi saya ambil semangat kereta itu sebab nak perniagaan saya powerfull macam kereta Alfa. Saya ambil lah bunyi – bunyi Alfa sedikit baru terkenal kan? Sebab orang kita ini, benda yang tular dan trending ini memang suka sangat lah kan.

Begitu lah terbentuk dan tertubuhnya nama Noor Arfa ini. Jadi, orang dengar ni senang sebab nama ini sangat glamour dahulu dan menjadi siulan orang ramai. Benda yang popular ini akan mudah untuk orang ingat.

Besar lah harapan saya untuk mempertahankan nama atau brand Noor Arfa ini ke persada dunia dan sekaligus dapat mengekalkan Branding ini selama-lamanya. Dan Alhamdulillah sampai hari ini kami masih bertahan dan kalau anda pergi luar negeri Terenganu pun bila anda sebut Noor Arfa mereka tahu produk kami macam mana.

Bagi puan Noor pula beliau bersyukur sebab namany ada sekali. Ia bangga sebab nama ini dipilih oleh suaminya sendiri. Menurutnya lagi, Noor bermaksud  cahaya, saya pergi ke luar negara pun ramai yang suka dengan nama ini sebab adabunyi Melayu dan Arab sedikit.

Jadi senang disebut oleh semua bangsa, kita buat promosi luar negara pun mereka senang nak sebut Noor Arfa ini. Tapi pelik pula di Malaysia kita ini, ramai yang tidak suka nama ini. Ramai yang tanya kenapa letak nama Melayu?

Saya dan suami saya memang nekad lah untuk kekalkan nama ini. Sebab kita kan orang Malaysia dan kita memang nak naikkan nama Melayu! Kita nak memartabatkan bahaa Melayu sendiri, biarlah orang kata tak bagus ke, tak boleh pergi luar nagara dan sebagainya. Kita tetap dengan pendirian kita untuk kekalkan nama Noor Arfa!

Alhamdulillah, sampai hari ini di luar negara pun mereka tahu bila sebut nama Noor Arfa. Hal ini menunjukkan kita berjaya lah mengangkat nama Noor Arfa ke peringkat yang lebih tinggi. Kita berjaya juga buktikan kepada mereka yang nama Melayu pun boleh bersaing dengan nama antarabangsa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *