Blog

FESYEN – TRIK UNTUK GADIS PETITE KELIHATAN TINGGI !

Pernah tak terdetik di hati korang untuk kelihatan tinggi seperti rakan-rakan korang yang lain ? Bila bergambar je ramai-ramai, mesti anda akan kelihatan paling pendek.

Selain tips posing ketika bergambar untuk anda kelihatan tinggi. Anda juga boleh menampilkan ilusi yang anda seorang yang tinggi melalui cara berpakaian. Dengan hanya menggunakan seluar sahaja, anda boleh nampak tinggi !

#1 Seluar berjalur menegak dapat membantu memberikan ilusi kerangka yang lebih rendah.

Foto – Pinterest

#2 Potongan high-waisted boleh membuat bahagian tengah badan kelihatan lebih tinggi, menjadikan kaki kelihatan lebih panjang.

Foto – Pinterest

#3 Cuba memakai seluar paras buku lali. Pilih potongan yang betul-betul jatuh tepat di atas pergelangan kaki untuk elak nampak pendek. Dan sekali lagi, pilih jenis high-waisted!

Foto – Pinterest

#4 Jumpsuits penuh mampu membuatkan kaki kelihatan lebih panjang daripada biasa.

Foto – Pinterest

#5 Tuck in baju ke dalam seluar untuk memberi ilusi lebih tinggi. Sebaiknya pilih jenis high-waisted agar menutup limpahan lemak pada perut.

Foto – Pinterest

#6 Palazo juga boleh memberi ilusi si pemakai seorang yang tinggi tapi pastikan pemilihan palazo sesuai dari segi warna, corak dan jenis fabrik. Semestinya juga haruslah jenis high-waisted.

Foto – amaXMALL

Senang je kan ? Jadi anda lepas nie boleh kelihatan tinggi persis ala-ala model dengan hanya mengenakan seluar yang betul.

sumber : wanista

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *