Siapa je yang tak suka dengan barang kemas kan ? Bagi wanita barang kemas selain sebagai aksesori perhiasan ia juga merupakan aset yang penting sebagai pelaburan jangka masa panjang.
Orang Asia memang sinonim dengan perhiasan diri terutamanya barang kemas. Biasanya kita lebih suka dengan barang kemas dari emas kuning. Ia berkilau bila terkena cahaya dan sinaran matahari, lagi menarik jika bertatahkan batu pertama. Ia juga menunjukkan status sosial sekarang.
Namun kini perubahan masa dan perkembangan fesyen aksesori telah membuatkan ramai beralih arah bukan sahaja pada emas kuning. Kalau lihat sekarang, terdapat beberapa pilihan dari emas putih dan rose gold yang lebih menarik dari segi rekaan.
Tapi tahukah anda, warna-warna emas ini lebih cantik atau sesuai jika kena dengan tepat rona kulit yang tertentu. Jika anda tahu memilih warna emas dengan mengikut rona kulit ini merupakan satu bonus untuk anda tampak menyerlah dengan aksesori dipakai.
Ketahui rona kulit terlebih dahulu
Cara nak senang nak selidik warna kulit anda yang sebenar ialah dengan lihat pada warna urat di pergelangan tangan. Kalau urat anda warna biru atau ungu menunjukkan anda mempunyai rona sejuk (cool undertones). Manakala urat warna hijau pula rona kulit panas (warm undertones). Namun jika ada dua warna hijau dan biru, rona kulit anda neutral.
Rona sejuk (cool undertones)
Anda lebih sesuai dengan warna putih iaitu emas putih, perak dan platinum. Kalau untuk batu pertama anda perlu mengenakan batu-batu berwarna seperti merah, biru, ungu dan hijau. Ia dapat menghidupkan keserian warna pucat kulit anda.
Rona panas (warm undertones)
Semestinya warna-warna emas kuning, tembaga atau rose gold menepati dengan rona kulit anda. Pilihan batu permata pula sebaiknya dari mainan warna tanah seperti perang, oren, kuning atau turquoise.
Rona neutral
Beruntung jika anda rona neutral, semuanya sesuai dengan anda!
Bila dah dapat padanan yang sesuai, boleh lah bergaya dengan pakai batik pastel Noor Arfa..hehe
sumber : wanista