Blog

FESYEN-TAMPIL IMEJ LEBIH SEGAR DENGAN BATIK

Hai batik lovers, apa khabar ? Semoga baik-baik sahaja hendaknya. Kali ini penulis ingin berkongsi lah beberapa tips untuk membantu penampilan anda semua tampak lebih menarik, segar dan up-to-date dengan hanya menggayakan busana daripada batik.

Mesti anda pernah rasa rendah diri kan ? selalu je cuba untuk kelihatan menarik di mata orang tersayang tapi masih tidak mencukupi. Hah, jom baca apa yang penulis nak share nie. Mudah-mudahan dapat membantu anda semua meningkatkan keyakinan diri untuk tampil lebih anggun dan menawan.

1.Kenali diri anda

Anda mesti tahu apa yang sesuai dan apa yang tidak sesuai dengan diri anda. Dalam berfesyen jangan terlampau ghairah untuk mengikuti fesyen orang lain sehinggakan kita menjadi bukan diri kita. Pastikan apa yang anda pakai selesa dan betul-betul menonjolkan diri anda. Contohnya, bagi orang bertubuh besar dan berkulit sawo matang. Harus mengetahui corak dan warna apa yang bersesuaian untuk bentuk tubuh tersebut kerana tidak semua design baju sesuai untuk dipakai.

2.Pelbagaikan kelainan

Bagi mereka yang bekerja di pejabat atau yang memerlukan berjumpa dengan pelanggan kena pandai cara untuk mengubah penampilan diri. Mungkin hari ini anda berbaju kurung tapi esok anda boleh menggayakan suit atau blouse. Elakkan memakai gaya yang sama sahaja kerana kalau anda pun sendiri bosan melakukan rutin yang sama apatah lagi orang lain yang melihat anda memakai fesyen yang sama sahaja.

3.Berhias diri

Berhias diri di sini bermaksud, jika boleh serikan sedikit wajah anda dengan mekap. Hanya cukup mencalit sedikit lipstik, bedak dan memakai blusher untuk penampilan yang lebih segar. Tidak perlu bermekap tebal-tebal sebaliknya mekap yang sederhana sahaja sudah memandai dan ditambah lagi dengan pemilihan aksesori yang tidak terlampau sarat. Anda mesti tak nak kelihatan tidak bermaya kan di depan orang tersayang ?

4.Positif

Pernah tak anda lihat individu yang selalu ceria ? Mesti aura dia positif kan ? Senang didekati, selesa untuk berkawan dan apa yang dipakai tampak lebih menarik. Sebab itu, kita harus sentiasa positif dalam kehidupan kerana aura tersebut boleh memberi impak kepada orang sekeliling.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *