Blog

FESYEN-STYLISH DIRI DENGAN BATIK SARUNG PASTEL NOOR ARFA

Bila sebut kain batik sarung, mesti membayangkan si pemakai adalah kaum hawa yang menjadi suri rumah pada dahulu kala. Tidak dinafikan kenyataan tersebut dan sehingga kini sesetengah orang masih  lagi memakainya  atas faktor keselesaan dan ingin mengekalkan warisan. Namun anda jangan risau kerana pemakaian kain batik sarung sudah menjadi trendy dan diberi nafas baru sesuai dengan  fesyen zaman millenium ini. Anda bukan sahaja boleh mengekalkan warisan nenek moyang dengan pemakaian kain batik sarung bahkan anda juga boleh kelihatan anggun, mewah dan eksklusif dengan hanya menggayakan kain batik sarung ini.

  1. Baju Kurung

Bagi anda yang gemar memakai baju kurung, mungkin anda bosan membeli jenis kain yang sama sahaja setiap tahun, ingin cuba kain batik pula tapi rekaan pula tidak menarik. Namun, anda jangan risau kerana sekarang rekaan batik telah diberi nafas baru terutama dalam pemilihan warna batik itu sendiri. Pengenalan kain batik pastel telah menjadi trendy dan sesuai dipakai oleh semua golongan umur. Anda boleh menggayakan kain batik sarung ini dengan  pelbagai design baju kurung yang menarik seperti peplum, baby doll, mini kurung dan banyak lagi mengikut kesukaan anda. Dengan pemilihan kain batik sarung ini, anda boleh menonjolkan elemen moden dan klasik dalam gaya pemakaian anda.

2.Kemeja

Tidak ketinggalan untuk kaum adam pula, kain batik sarung sesuai juga dijadikan kemeja. Justeru, menarik minat anak muda untuk terus mengekalkan warisan batik ini. Mungkin ada sesetengah mereka inginkan gaya yang ringkas namun nampak ekslusif jadi dengan pemakaian kemeja batik ini sangat sesuai kerana pemakaian kemeja batik tidak terhad kepada majlis formal sahaja bahkan untuk majlis-majlis santai juga sesuai digayakan.

3. Pareo

Untuk mereka yang inginkan kelainan, kain batik sarung juga boleh digayakan menjadi pareo dan lebih menarik lagi jika dipadankan dengan kebaya. Tapi, bagi mereka yang kurang gemar memakai kebaya, boleh juga menggayakan pareo dengan blouse. Ia bergantung kepada kreativiti si pemakai dalam menggayakan pareo. Pemakaian pareo menampakkan seseorang itu mempunyai tahap keyakinan yang tinggi kerana jika mereka yang tidak biasa mengenakan pareo mungkin akan merasa kurang selesa.

4.Blouse

Sebenarnya, kain batik sarung ini memang banyak kegunaannya. Selain dijadikan baju kurung sesuai juga untuk dijadikan blouse. Di Noor Arfa, terdapat beberapa koleksi blouse yang dibuat khusus bagi pengemar blouse batik. Jadi, mereka tidak perlu pening kepala memikirkan design yang perlu mereka reka untuk kelihatan anggun.

5.Skirt & Cardigan

Selain daripada fesyen seperti di atas, kain batik sarung juga sesuai juga dijadikan skirt dan cardigan. Anda tidak perlu merasa hairan sekiranya melihat kain batik dijadikan cardigan kerana pada era kini tiada yang mustahil. Keunikan cardigan batik ini ialah anda boleh suai padankannya dalam mana-mana majlis.

Kain batik sarung bukan hanya sesuai untuk dijadikan sebagai pakaian di rumah tapi boleh juga digayakan sebagai pakaian untuk ke majlis formal atau tidak formal. Pemakaian kain batik sarung tidak limit untuk satu gaya sahaja bahkan boleh dipelbagaikan mengikut citarasa si pemakai.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *