Blog

FESYEN-PEMILIHAN TUDUNG YANG SESUAI UNTUK MAJLIS RESEPSI

Penampilan itu penting bagi si gadis manis berhijab bagi memastikan apa yang dipakai nampak berketrampilan dan juga menutup aurat. Begitu juga jika menjadi raja sehari. Semua orang ingin kelihatan cantik pada hari bahagia tersebut. Tersalah memilih tudung mungkin boleh merosakkan hari anda dan akan membuatkan anda menjadi tidak berkeyakinan dan tidak selesa.

Oleh itu, setiap pemilihan daripada kasut sehingga ke pemilihan tudung harus diberi perhatian bagi memastikan anda betul-betul bergelar raja sehari.

Kali ini, penulis akan berkongsi trik untuk memilih tudung yang bersesuaian ketika majlis akad nikah atau resepsi.

#1 PEMILIHAN FABRIK

Pemilihan tudung haruslah bergantung kepada jenis fabrik yang bersesuaian. Elakkan memilih fabrik yang berkilat ketika hari bahagia anda seperti satin. Walaupun kain satin mudah terbentuk dan terletak elok namun ia bersifat panas dan akan membuatkan anda tidak selesa kerana kebiasaannya majlis perkahwinan akan memakan masa yang lama. Oleh itu, fabrik yang terbaik yang anda mungkin boleh pilih ialah sifon, georgette, cita, sari dan renda.

FOTO : PESONA PENGANTIN

#2 PEMILIHAN RONA

Rona pemilihan tudung haruslah dititikberatkan agar anda dapat serlahkan kecantikan anda pada hari bahagia nanti. Sekiranya busana anda berwarna biru lembut maka anda haruslah memilih rona tudung dari golongan rona yang sama. Elakkan memilih rona yang kontra daripada busana anda.

FOTO : HIPWEE

#3 STAIL TUDUNG

Anda boleh menggayakan pelbagai jenis tudung yang anda mahu tapi pastikan gaya yang dipilih adalah sopan dan menutup bahagian dada anda. Pastikan gaya yang anda pilih menutup aurat dan tudung yang dipilih tidak jarang sehingga menampakkan leher dan telinga.

FOTO : PESONA PENGANTIN

#4 ANAK TUDUNG YANG SESUAI

Pemilihan anak tudung juga penting kerana ia juga memberi kesan terhadap penampilan anda. Pastikan pilih anak tudung yang bersesuaian dengan warna tudung. Elakkan warna kontra kerana anda pasti tidak mahu anak tudung anda lagi menonjol kan ? Selain itu, pastikan anak tudung anda terikat kemas agar supaya tudung anda tidak bergerak-gerak semasa majlis dan memudahkan pemakaian layah atau tiara.

#5 KESESUAIAN DENGAN BENTUK MUKA

Ini adalah tip yang paling penting sekali kerana setiap orang memiliki bentuk muka yang berbeza. Ketahui jenis bentuk muka anda dan cara menggayakan tudung yang bersesuaian. Sebagai contoh, sekiranya anda mempunyai bentuk muka jenis petak, anda boleh menggunakan awning kerana ia akan memberi ilusi yang lebih panjang untuk bentuk muka anda. Pilihan rona juga haruslah bersesuaian mengikut warna kulit.

#6 PERINCIAN

Elakkan memakai atau memilih tudung yang sarat dengan manik, batu permata atau labuci. Sebolehnya, pilih tudung yang kosong dan polos. Padankan tudung polos anda dengan layah berjemeki dan tiara ringkas. Pastinya penampilan anda lebih menarik dan menyerlah.

FOTO : PESONA PENGANTIN

#7 PIN

Ini yang paling utama yang harus dititikberatkan juga. Gantikan kerongsang dengan jarum peniti agar anda tidak kelihatan sarat dan juga pastikan tudung anda kemas agar anda tidak kelihatan selekeh di hari bahagia.

Semoga urusan anda untuk meniti hari bahagia dipermudahkan.

sumber : pesona pengantin

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *