Blog

FESYEN-MAKNA WARNA GINCU YANG ANDA PAKAI WAKTU FIRSTDATE

Setiap wanita mahu kelihatan cantik pada temu janji pertama.

Memilih haruman yang nyaman, pakaian yang selesa, solekan minimal dengan pilihan warna gincu yang betul – semua ini perlu diputuskan dengan tepat supaya terlihat lebih yakin bila berhadapan dengan pasangan.

Tapi tahukah, pilihan warna gincu pada hari pertama mempunyai makna tersendiri. Katanya anda tidak boleh memakai warna gelap. Kenapa agaknya ye?

Merah

Menggunakan gincu merah pada temujanji pertama boleh memberi gambaran ciri-ciri wanita berani yang yakin untuk meluahkan perasaan. Warna ini juga sering menghantar ‘isyarat’ yang mengandungi emosi, keghairahan, tenaga dan optimis.

Foto – Standard

Nude

Gincu nude menunjukkan kematangan di mana anda ingin hubungan yang serius, tidak menyembunyikan sesuatu dan bersedia untuk memberi. Jika anda mencari pasangan yang tepat, anda akan bersedia untuk menjalani hubungan sepenuh hati dan jiwa, malah ikhlas.

Foto – Nudestix

Coral

Gincu rona coral menggambarkan semangat dan kegembiraan. Anda mahu diperhati, dibelai, tahu ke mana arah tujuan hubungan, bila dilihat mungkin seperti tergesa-gesa. Walaupun begitu, anda menikmati proses yang sedang berlaku dengan sebaiknya tanpa rasa gundah gulana.

Foto – Zee Report

Fuchsia

Mempunyai warna yang unik, fuchsia seorang yang kreatif dan bernas. Jadi topik yang anda dan pasangan bercakap bukan sekadar sembang biasa, tetapi isu mendalam dan kritikal untuk dikupas.

Foto – H&M

Bare Lips

Membiarkan bibir anda terlihat polos tanpa mengggenakan sebarang gincu adalah sama seperti berkata,”Inilah diri saya dan jika anda mahu bersama, terima saya seadanya seperti sekarang ini.” Penampilan anda mengatakan bahawa anda sedang mencari seseorang yang terbuka dan jujur.

Foto – Lily Like

Hot Pink

Walaupun terlihat feminin tetapi memakai gincu merah jambu pada temu janji pertama menimbulkan perasaan keraguan. Dia mungkin keliru tentang apa yang anda benar-benar inginkan dari hubungan itu dan anda sendiri tidak pasti bagaimana perasaan anda.IKLAN

Foto – KBeauty

Tidak Boleh

Sebaiknya elak pakai gincu rona gelap seperti coklat, ungu, atau hitam. Rona sebegini memberi impak negatif ke dalam penampilan, memberi gambaran misteri dan serius, bahkan rata-rata lelaki tidak sukakan warna gincu sebegini.

Foto – Colors

Wine

Warna berry gelap ini atau wine menunjukkan anda mempunyai imej sebagai seorang penggoda. Berkemungkinan akan disalah tafsir oleh pasangan anda.

Sekarang dah jelaskan? Jadi, sebelum keluar rumah perhatikan penampilan supaya terlihat elok di mata anda dan si dia.

Sumber : Wanista

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *