Blog

FESYEN – JOM JADI SLEEPING BEAUTY IN REAL LIFE !

Hai, batik lovers semua. Sihat tak ? Hah, mesti anda tertanya-tanya wujud ke sleeping beauty in real life ? Wujud je sayang-sayang semua. Siapa lagi kalau bukan anda semua yang sedang membaca blog ini..hehe

Kali ini, penulis nak berkongsi tips bagaimana nk jadi sleeping beauty. Bak kata salah seorang batik lovers, tidur pun cantik, bangun tidur pun tetap cantik. Mesti nak tahu bagaimana kan ? Tak susah pun, senang sahaja.

1.KAFTAN

Hah, apa kena mengena dengan kaftan pulak kan ? Okey, kalau anda semua nak tahu. Pakai kaftan pun dah boleh jadikan anda nampak cantik tau time tidur. Penulis begitahu berdasarkan fakta nie, bukan tipu ! Testimoni ini datang daripada salah salah seorang pelanggan yang membeli dekat Noor Arfa. Batik lovers nie sendiri yang cerita, sebelum tidur dia nak tampil cantik dan bila bangun pun terasa cantik dengan hanya memakai kaftan. Permulaan pagi yang baik pasti akan menceriakan hari anda.

2.BILIK TIDUR

Takkanlah, dah pakai kaftan cantik-cantik tapi bilik tidur tak berkemas, bersepah. Jadi, aura positif tuh akan hilang. Tipulah, kalau anda tak rasa seronok bila tengok bilik tidur korang kemas kan ? Jadi, boleh lah acah-acah jadi princess..hehe. Dekorasi bilik tidur pun main peranan tau ! Tak perlu pun hias bilik tidur macam bilik tidur Aliff Syukri tapi cukuplah setakat yang anda selesa dan memberi anda kepuasan apabila anda bangun tidur.

FOTO : GOOGLE

3.KRIM MALAM

Ini bukan krim malam timbang kilo yang jual dekat pasar malam tau. Sayangi kulit anda. Tetibe je kan ? hehe. Anda dah pakai lawa-lawa, jadi kulit muka haruslah dijaga. Kata nak bangun tidur tetap cantik kan ? Anda boleh pakai krim malam atau pun mask muka yang boleh dibawa tidur. Ada banyak produk tapi pilihlah ikut kesesuaian kulit muka anda.

FOTO : GOOGLE

4. TIDUR YANG CUKUP

Hah, ini pun penting juga tau ! Tidur yang cukup dapat membantu anda untuk menjalani hari dengan lebih bersemangat. Kajian menunjukkan purata dunia kini hanya tidur 6 jam sehari. Ada yang tidur ajak-ajak ayam, ada yang insomnia langsung tak boleh tidur – keadaan ini membuatkan kita langsung tidak mendapat tidur yang berkualiti. Seeloknya, tidur lah 8 jam sehari. Ia akan memberi kesan kepada kesihatan dan kecantikan anda.

FOTO : GOOGLE

5.AURA POSITIF

Untuk jadi seorang sleeping beauty nie, anda perlulah sentiasa positif. Tanamkan dalam diri perkara-perkara yang membahagiakan sebelum tidur. Jaga emosi anda, nescaya anda akan jadi seperti seorang sleeping beauty. Sebelum tidur cantik, bangun tidur pun tetap cantik.

Selamat beramal

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *