Angelina Jolie adalah ratu karpet merah. Apa sahaja busana yang dipakai pasti kamera akan tertumpu kepadanya, walau sekadar bergaya ringkas tapi pasti akan ada statement yang memukau pandangan
Tiba di tayangan perdana Maleficent: Mistress of Evil, aktres 40-an ini tampil paling glamor dengan gaun berbulu rambu ramba keemasan rekaan Ralph & Russo. Dipadankan bersama stiletto dan dangling earring, penampilan Angelina cukup manis dan berseri sekali.
Hadir bersama anak kesayangan Maddox dan Zahara, Angelina dilihat ceria dan sentiasa dalam mood yang baik. Dilaporkan, Maddox terbang dari Seoul semata-mata mahu menemani ibunya ke tayangan perdana ini.
Pada yang tidak tahu, Maddox sekarang sedang menuntut ilmu di Yonsei University, Korea Selatan dalam jurusan biokimia.
Angelina Jolie ni bila masa je tak cantik. Dia ikon bibir tebal sejati okay!
Sumber : Wanista